12 December 2012

Kesian Harimau Malaya! Dapat Layanan buruk di Thailand..


Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..


PADANG macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam.

Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan. Ianya hanyalah padang awam yang dikongsi dengan orang awam di Bangkok!


Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.

Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.


“Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.


“Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini,” katanya.

Skuad kebangsaan tiba di Bangkok kelmarin, sehari lebih awal bagi melakukan persiapan rapi selepas seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.



Menurut Subahan, beliau sudah mengemukakan laporan kepada AFF dan FAT mengenai masalah itu.

“AFF sudah dimaklumkan tapi dengan tempoh singkat ini, mereka gagal menyediakan padang lain,” katanya.

Sementara itu, Rajagobal mengaku kecewa keadaan padang membahayakan selain tidak dapat menilai tahap pemain yang cedera.

“Saya takut dengan keadaan padang teruk ini akan mencederakan pemain dan sebab itu mereka hanya memanaskan badan saja.

“Senario ini mengganggu persiapan pasukan tapi kami tidak boleh terlalu memikirkan masalah ini dan saya mahu semua pemain kekal fokus,” katanya.

Peluang terakhir Rajagobal merencana strategi adalah pada sesi latihan rasmi di Stadium Supachalasai, hari ini.

Mengulas kecederaan pemain, beliau berkata, Mohd Shakir Saari dan Wan Zack Haikal Wan Noor masih belum pasti dapat diturunkan.

Ish Ish Ish... Kesiannya.. Apa pendapat korang? TekanSini kejap?
author image

FAQIHAH HUSNI

Hi! I'm the writer and author of this webpage. Currently studying in SM Sains Kubang Pasu or know as KUPSIS in Kedah. A Kedahan girl for sure! 2017 is my senior year there and I'm fighting to 9A+ in SPM. Do pray the good result for me and others 1317 warriors. Thank you for your time :)

30 comments:

  1. Jahatnya! Orang dah buat baik, jahat pula yang dia balas! Psiko betul~ Takpe-takpe, orang jahat tak selalu menang, okey! *Semangat pulak dia~* LOL

    ReplyDelete
  2. Gerrrrammm nya aku tengok siam nih!!

    ReplyDelete
  3. Mohon copy gamabr , dan ayat sikedd :D

    ReplyDelete
  4. kesian gila kat depa . nak balas dendam ka apa !

    ReplyDelete
  5. Jahat kut.?? Bukan nnati diorang lawann balik kan??

    ReplyDelete
  6. Ishh pakcikk KFC jahat(coach thai) hope wan zack main.

    ReplyDelete
  7. siam kejam >< nasib qihah tk kjam hihihi

    ReplyDelete
  8. suruh dieorang balik malaysia je la. memalukan. gua rasa na nangis da ni. zz

    ReplyDelete
  9. walaupun apa halangan jua, harimau malaya tak akan goyang , hehe

    ReplyDelete
  10. Hehe , sukalah bace entry Qihah ni..
    Go Malaysia !

    ReplyDelete
  11. Thailand jahat! >:( rakyat Malaysia bg kemudahan yg terbaek untuk Thailand! Ini yg diorang balas? Unfair!

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita