25 December 2012

Hukum Mengucapkan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam


Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://ohmedia.me/ohmedia-majlis-fatwa (portal rasmi fatwa Malaysia)


HADIS PALSU YANG TERSEBAR :

"Barang siapa yang meniru, mengucapkan selamat kepada agama lain, bererti ia telah kafir & Neraka Janahamlah tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)

Saya telah bertanya kepada Ustaz Razali Tahir tentang hadis ini dan menurut beliau, hadis ini tiada dalam kitab Bukhari & Muslim. Saudara Mohd Nawawi Abdul Razak juga mengatakan ianya palsu dan tiada di dalam dua kitab hadis tersebut.

sumber: http://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/10151648945959572

Assalamualaikum.

SHARE.
author image

FAQIHAH HUSNI

Hi! I'm the writer and author of this webpage. Currently studying in SM Sains Kubang Pasu or know as KUPSIS in Kedah. A Kedahan girl for sure! 2017 is my senior year there and I'm fighting to 9A+ in SPM. Do pray the good result for me and others 1317 warriors. Thank you for your time :)

12 comments:

  1. Betul tu, sokong sokong.Qihah, ni nazuha, igt lgi tk? yg blog nazuhafazuka tu, hehe ada blog baru ni, jemput tgk :D

    ReplyDelete
  2. betul .. dulu ada kawan akak cakap tak boleh wish tu wish ni .. nanti kata dapat dosa besar .. ntah mana dorang dapat fatwa tu pun akak tak tahu .. share ya =)

    ReplyDelete
  3. @Faqihah Husni hehehehe, mna ada.Ehhh, wahh famous dh adik qihah skrg nii

    ReplyDelete
  4. oh cekedout ! Ada terbaca juga isu ni,huhu . Ada yang main sebar aje tanpa cari penerangan yang sebernar .

    ReplyDelete
  5. @Nazuha Firdaushahaha.. ye latuhh. ehh. manadaa famous pun *facepalm*

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this...
    Nurrul pun pening ada kata boleh ada kata tidak.. sekrang dah yakin ! :)

    ReplyDelete
  7. Nice entry! Thanks for sharing this :-)

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing qihah! & nice entry btw

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita