30 August 2012

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH by NorziBeautiliciousHouse

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)




Mereka yang tersenarai dalam 222 bloggers tersebut akan menerima:
1) DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


TARIKH TAMAT : 31 Ogos 2012, 12.00 tengah malam

26 August 2012

Wanita Malaysia paling ramai curang

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.

Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.

Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

- Dipetik daripada KOSMO ONLINE.

Betul ke semua ini? 

25 August 2012

"Awak malu ke nak date dengan saya?"

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)



Perempuan : Awak.. Kenape aawak tak penah ajak saya tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?
Lelaki : Saje..
Perempuan : Saje ke atau awak malu nak kuar ngan saya?
Lelaki : Mana ada..

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam-malam macam pasangan lain?
Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit.
Perempuan : Sampai hati awak kan? Kenape ye kawan sayaa panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?
Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat-ayat kekasihnya.. Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..

Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah".. :') ♥ ♥


Source :  Facebook Shawls@AyuCinta

“…and i get 5 days of MC, ohh my god…!!”

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)


in Utusan Malaysia, 25 Ogos 2012

“…and i get 5 days of MC, ohh my god…!!,” itulah antara ungkapan yang di sampaikan oleh seorang anak gadis yang dikenali sebagai, Nur Fitri Abdul Rahman atau mesra dipanggil FeetriXOXO.

Sebelum ini, MyNewsHub telah berkongsi video Fitri dan beberapa video yang seolah-olah mengajuk (parody clip) anak gadis itu.

Menurut sumber, gadis yang masih bersekolah yang juga merupakan warga Singapura itu mula mendapat F

Penulis merasakan tidak menjadi masalah kepada sesiapa sahaja untuk memuat naik video berkenaan kehidupan, percintaan dan sebagainya di laman sosial.

Namun, yang menjadi ‘daya penarik’ dalam VIDEO YANG DIMUAT NAIK oleh Fitri itu adalah aksi-aksi yang dia rasakan ‘comel’ tetapi tidak bagi rata-rata penonton.

Bermulut kembong, kening diangkat sedikit, kerdipan mata dan menunjukkan simbol ‘peace’. Apakah itu comel bagi anda yang menonton?

Penulis sendiri sukar untuk menerangkan memek muka yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Mana tidaknya, ramai yang mengecam anak gadis itu seperti ‘minah gedik’, menggelikan, memalukan dan pelbagai lagi komen negatif.

Malah, ada yang merasakan video-video yang dimuat naik merupakan satu bahan jenaka bagi mereka hingga ada yang ‘pecah perut’ ketawa dan mengalirkan air mata.

Apa yang pasti, ramai pihak mula membuat video seolah-oleh mengajuk (parody clip) dengan melakonkan semula aksi serta cara gadis itu bercakap.
Penulis pelik kenapa gadis itu sanggup melakukan memek muka serta aksi ‘comel’ dan dimuat naik di Youtube.
Memetik dari klip tersebut, Feetri menyatakan suaranya memang sebegitu dan dia tahu ramai pihak telah mengecam video-video yang dimuat naik olehnya.
Selain itu, menerusi laman sosial Facebook miliknya, Fitri sedar yang dirinya telah dikecam ramai pihak. Namun, kenalan Facebook miliknya memberi sokongan semangat kepada anak gadis itu.
Memetik dari kenyataan Fitri, dia sedar akan umum mula memberi kritikan dan ‘berkata’ berkenaan video ’5 days MC’ yang dimuat naik olehnya sebelum ini.
Nur Feetri trending in Twitter 25 Ogos 2012
“… ramai orang yang memperkatakan pasal saya dan saya tidak suka. “Apa anda akan rasa jika orang mula berkata pasal anda dalam Facebook? Ia menyakitkan,” ujar Fitri dalam video tersebut. Pada masa yang sama, Fitri turut menyatakan yang suaranya memang sebegitu dan tidak bermemek-memek seperti gadis ‘gedik’ lain di luar sana. Selain itu, Fitri juga cuba untuk menghiburkan para penonton yang menonton video yang dimuatnaik olehnya. Adakah anda terhibur seperti yang diharapkan oleh Fitri? Apa pendapat anda? Mungkin anda akan terhibur apabila melihat memek muka Fitri terutama pada awal dan disepanjang video tersebut? Hahahaha
p/s : macam macam cara orang gunakan untuk menarik perhatian orang ramai dan menjadi popular
sumber; mynewshub.my

Tutorial : Letak Lagu di Blog New Style #part 1 With freebies

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera


Sejak kebelakangan ni ramai yang tanya kihah macam mana nak letak lagu kat blog untuk pengguna classic template atau blogskin. Memang agak ramai jugalah yang tanya. Memandangkan kihah tengah rajin sekarang ni. So kihah akan tunjukkn caranya.


Template Designer :
i.) Dashboard --> Design --> Page Elements --> Add a Gadget ---> Html/Javascript
ii.) Copy code di bawah paste dekat atas Html/Javascript.
iii.) Preview and Save !

Blogskins :
i.) Dashboard --> Design --> Template --> Edit Html
ii.) Copy code di bawah dan paste dekat BAWAH <head>
iii.) Preview and Save !
<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:10px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}
.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-6/oth589.cur), progress;
background:url('URL ICON ') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:1px solid #000000;
background:url('BACKGROUND UNTUK KOTAK');padding:10px;
}
</style>
<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">
CODE LAGU</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>

pink: letak URL background pilihan korg
biru: code lagu
oren: ketebal border. Bole diubah
hijau: jenis border eg. solid/ dotted/ dashed
merah: URL icon music. Bole ambil linknya kt sini, klau mau


http://1.bp.blogspot.com/-MOVP_YwkN1Q/T4TLXiRWFJI/AAAAAAAAFek/bEfuo9WEXeo/s1600/7.png


http://3.bp.blogspot.com/-BAdabGm7mHI/T4TLa3S3qqI/AAAAAAAAFes/Bd5TUVQrK-g/s1600/purple.png


http://2.bp.blogspot.com/-_5fcEd-raQE/T4TLeKFYpzI/AAAAAAAAFe0/0d3t2xPXpzM/s1600/blue.png


http://1.bp.blogspot.com/-DZ7APUzVPZ0/T4TLi35IaSI/AAAAAAAAFfQ/2oHr_s84JmA/s1600/green.png


http://1.bp.blogspot.com/-q_3tEzBQwAI/T4TLgfAW2VI/AAAAAAAAFe8/Rn-Eor5v3rQ/s1600/6.png


http://3.bp.blogspot.com/-E9cj72KGcYk/T4TLhOlAiRI/AAAAAAAAFfA/RzX1GRS11vo/s1600/blue.png


http://1.bp.blogspot.com/-6SR2zvyiZ0s/T4TLmZzEY5I/AAAAAAAAFfc/mS5mbzlt8fk/s1600/pink.png

Tutorial Photoshop : Header berbentuk awan

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

contoh header berbentuk awan.

Haiiii. Hari ni qihah nak share dengan korang semua cara-cara nak buat buat header berbentuk awan. Tutorial ni korang kena ada Photoshop. Photoshop CS berapa pun boleh okay. Header macam ni sesuai kalau korang buat header bersambung dengan body blog :-)

1. Open photoshop > New


2. Ubah width & height mengikut citarasa anda. Pastikan Transparent. Dah siap tekan OK.


3. Click dekat bahagian yang ditunjukkan seperti gambar di atas.



4. Sekarang korang pergi dekat shape dan pilih bentuk yang  dibulatkan tu Lepas tu create shape dekat layer macam biasa.
p/s: Kalau korang tak ada bentuk tu, korang ikut anak panah biru tu okay? tekan anak panah kecik tu > all > Ok.



5. Sudah? Okay. Kalau korg rasa shape dia terlalu kecil. Korg bole ubah saiz dia. Pergi dekat Edit > Free Transform


6. Korang adjust lah awan tu ikut citarasa korang. Kalau dah siap, tekan Move tool

7. Pilih Apply je kalau dia tanya apa-apa okay.

8. Lepas tu korang bole la letak apa-apa je dekat situ. Ikut kreativiti masing-II. Bila dah siap, bole la save. Caranya. File > Save As > Format PNG > Save

Yeay. Dah siap! Jadi ke tak? Kalau ada apa-apa boleh tanya kihah kat ruangan komen. Insyaallah kihah akan jawab okay??  :-)

Tutorial ClassicTemplate/Blogskin : Disable Right Click

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

Selalunya orang guna benda ni untuk mengelakkan orang copy anythings from their blog lah. So, diorang tak bagi orang right click. Tapi, kalau blog yang ada freebies, tutorial tu tak digalakkan pasang benda ni :p

1.Dahsboard > Template > Edit HTML
2.Tekan Ctrl+f serentak dan cari code ni
3.Copy code di bawah.
<script language=JavaScript>
<!--//Disable right mouse click Script
//By Dynamicdrive (renigade@nsimail.com)
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com
var message="";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){return false;}}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){return false;}}}
if (document.layers){document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;}
else if (document.all&&!document.getElementById){document.onmousedown=clickIE4;}
document.oncontextmenu=new Function("return false")// -->
</script>
4.Pastekan di bawah code <head>
5.Preview & save.

16 August 2012

Kisah Erra Fazira teruskan kehidupan tanpa bapa sejak kecil

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera! :)



Erra fazira ataupun nama sebenarnya Fazira Wan Chek, anak kelahiran Sungai Choh, Rawang, Selangor ialah seorang artis di Malaysia.

Ikuti Kisah Raya Erra Fazira tentang dirinya yang terpaksa meneruskan kehidupannya tanpa seorang bapa sejak kecil lagi. Lihatlah bagaimana Erra Fazira menjadi teladan yang baik untuk menjadi lebih tabah...

Tengok videonya di Youtube.. tunggu 5 saat dan anda akan ke video tersebut..
Sayangilah ayah anda ketika mereka masih ada.. Kepada yang ayahnya sudah meninggal dunia, sedekahkan al-Fatihah kepada mereka.. moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh. Ameen.

15 August 2012

Miyyo Azman dan Aaron Aziz.

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera


*gambar sebenar*

Miyyo Azman.. Korang pernah dengar tak nama ni? Kalau korang pengguna twitter yang agak lama, mesti kenal. Try tengok account twitter dia, https://twitter.com/whalewolff. Ramai kata dia ni handsome orangnya. Ehem.

Aaron aziz pula.. Haishh. Tak payah rasanya nak bagi introduction tentang pelakon terkenal yang berasal daripada Singapore ni. Mesti korang dah kenal :P

Diorang ni muncul dalam satu TVC di Astro Ria.. Video pasal kisah raya Aaron Aziz masa kecik dulu.

Time iklan tu keluar kat astro ria, kebanyakan orang tweeted 'Miyyo Azman ada kat Astro Ria!!', 'Miyyo Azman berlakon dengan Aaron Aziz', 'Tadi rasanya nampak Miyyo Azman kat Astro Ria' dan sewaktu dengannya.

Best sangat!! Kalau korang nak tengok, boleh tengok kat :

http://bit.ly/PjMjqA 
 tunggu load 3 saat..

Edit blog percuma untuk 4 pengomen TERPANTAS #p2

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

Nak buat last week. tapi, tak jadi sebab kabel kena curi. kuajaq betul kan. So, buat hari ni jelah :)

Sebelum tu, korang kena tengok SINI dulu dan tengok Cerita Botoll ni. Kejap je :)



Macam mana??


1. Anda Hanya perlu KOMEN di entry ini besertakan butir-butir berikut :
  • URL Blog :
  • Email atau twitter atau skype : 

Senang je kan? Kihah malas nak buat banyak-banyak. nanti kesian kat korang kena tulis nanti.. hehe. So, cepatlah! :)

PASTIKAN EMAIL ATAU URL FACEBOOK ANDA TU BETUL. KALAU TAK, ANDA AKAN DIRIJECT DAN DI PASS KEPADA ORANG LAIN. TQ

update
-DAH DITUTUP-

kerjasama anda sangatlah di hargai. *ceh

14 August 2012

Irma Hasmie disahkan Mengandung

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :D


Daripada Murai.com.my


KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012: Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie,30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.

Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.

"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.

"Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.

"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya kepada murai.com.my.



Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.

"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.

"Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," jelas Redza.

Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat.


p/s : Alhamdulllah. Rezeki Allah :D Moga berkekalan hingga ke liang lahad. Ameen! :D

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)




Hari ni Faqihah nak share dengan korang beberapa tips nak jaga kesihatan diri mengikut Islam, sunnah nabi. Selain tu, un-muslim pun boleh mencubanya.. Tak salah pun :)

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


p/s : Sentiasalah berdoa serta berzikir kerana itulah senjata orang islam :D
Kihah jumpa tips ni di laman sosial, facebook semalam. Pastu, kihah sharekan kat fanpage kihah.. Boleh sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslimin Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua dengan memberitahu mereka dan tekan button Share :)
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. sharing is caring.
Assalamualaikum ^^

Newwwww Looook!

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)



Semalam kihah bersengkang mata sampai pukul 12 tengah malam. Gara-gara nak edit blog. Heh. Walaupun tahu kata ada exam, tapi tetap nak edit blog juga.

Tema kali ni ialah kaler pink. Kenapa warna merah jambu menjadi pilihan? Kihah pun tak tahu. Mungkin kihah suka kot dengan warna ni. Kebetulan, warna baju raya kihah pun warna pink jugak. hehehe. Baju raya korang tahun ni warna apa?

Lepas tu, kihah harap sangatlahkan blog ni cepat load bagi korang. Bagi kihah blog kihah ni cepat load. Biasa-biasa je. Tapi, bagi korang tak tahu lah kan. Sebab setiap orang, dia punya kelajuan internet lain-lain :) So, korang rasa blog kihah ni lambat load ke biasa-biasa je?


Last sekali, kihah harap korang suka dengan perubahan terbaru blog kihah ni. Header kihah simple je sebab tak nak yang semak sangat. Bak kata omputeh 'crowded'. Entah betul ke tak ejaannya. Ohya. Ada tak yang nak beertanya font header kihah nama apa? boleh tanyakat ruangan komen :P :P

Faqihah si Kanak-kanak Ribena ._.

Mungkin design kali ni tersangatlah simple kan? Sebab tersangatlah simple tu yang kihah nak tanya pendapat korang okay ke tak. Takut korang bosan pulak nanti. hehh. Kalau ada apa-apa cadangan boleh kongsikan dengan kihah kat ruangan komen ini..

Assalamualaikum :)

13 August 2012

Peluang Minum Teh bersama PASANGAN DIRAJA, Putera William dan Kate Middleton

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

SHAH ALAM - Duke dan Duchess of Cambridge akan mengadakan lawatan ke Malaysia pertengahan bulan depan dalam rangka kunjungan ke beberapa negara rantau ini sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth II.

Putera William dan Duchess Kate Middleton akan melawat Singapura, Malaysia dan Kepulaun Solomon sebelum menuju ke Pulau Pasifik Tuvalu, lapor akhbar Telegraph.

Duke dan Duchess of Cambridge ini akan berada di Malaysia selama tiga hari.

Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga awal tahun lepas merupakan anggota pertama keluarga diraja Britain pertama melawat negara-negara Komanwel sejak Ratu Elizabeth mengadakan lawatan pada 1982.

Tuvalu, merupakan sebuah negara dunia keempat terkecil, berkapasiti 10,000 orang penduduk.

Istana St James mengumumkan bahawa pasangan itu akan tiba di Singapura pada 11 September sebelum melawat Kuala Lumpur dan Sabah dan terbang ke Tuvalu melalui Kepulauan Solomon dan seterusnya ke Pulau Polinesia 19 September.

Ratu Elizabeth meraikan sambutan Jubli Intan baru-baru ini. Pasangan itu mengunjungi Kanada dan Amerika Syarikat Julai lalu selepas majlis perkahwinan mereka.

Semasa mengunjung ke Sabah, mereka akan melawat hutan hujan dan belajar usaha memulihara hutan hujan tertua di dunia, yang berusia lebih 130 tahun.



Korang tengok tak TV3 tadi? Ha.. Ni lah yang Kihah nak bagitahu kat korang. Macam mana nak masuk? Macam mana nak jumpa diorang dan minum teh bersama diorang? Senang je :D

  • Peserta perlu email gambar digital dalam format JPEG (tidak besar daripada 250 KB) diri mereka sendiri, kawan atau teh menikmati keluarga di lokasi yang kreatif
  • Penyertaan ni terbuka kepada semua orang rakyat Malaysia.
  • Peserta harus meng-emailkan maklumat lengkap tentang diri mereka seperti nama mereka, maklumat kenalan, tarikh lahir dan penerangan ringkas gambar. 
  • hantarkan gambar dan maklumat lengkap tersebut kepada ukinmalaysia@yahoo.com

Gambar akan diadili berdasarkan kreativiti, keaslian, dan kualiti. Pertandingan ini akan tamat pada 1 Sept 2012.

Senang je kan? Ada satu facebook tu untuk korang tau dengan lebih lanjut maklumatnya. Tapi, terlupa. Kalau ada sesiapa tahu, boleh bagitahu.. Nanti kihah update :) Tu je.. Assalamualaikum.

12 August 2012

Apa yang korang akan buat bila SEDIH? #BilaSayaSedih

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

Lama tak Kihah update blog kan? *kononnya*

Caption : Padan Muka

unrtuk kali kedua kena twitlimit. ohya. back to the title. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk melegakan/menghilangkan rasa sedih diorang kan? Kalau korang korang buat apa?

Korang ada twitter tak? Mesti banyak yang ada kan? Kepada yang ada twitter, jomlah gunakan hashtag #BilaSayaSedih dan tekan button tweet. Insyaallah kihah akan retweet tweet korang tu :*
Bagi yang tak ada account twitter, bolehlah komen di entry ini ye :D Assalamualaikum.


eh kejap. Padan muka tu apa? 

Bawang Putih Dan Bau Mulut?

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)


Hadith :-

Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: 

Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih.
Saya bertanya kepada beliau: Apakah ia haram?.
Baginda bersabda: Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya.
Abu Ayyub berkata: Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.
Riwayat : (HR Muslim)



Huraian :-

Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka.


Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya.


Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.


Moga bermanfaat untuk semua. Boleh share artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain :) sumber : crewfathi

8 August 2012

Tutorial : Blog Hit and Visitors Counter

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)




*Straight to the point*

1. dashboard > Layout > Add a Gadget
2. Korang pilih BLOG STATS okay.



3. Lepastu, korang ada di beri pilihan. Korang pilihlah style mana yang korang suka. Pastikan kat time period tu ALL TIME okay :)

4. Save.

UPDATE
kalau nak CENTER, pergi
Blogger > Template >Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget Templates
Cari kod ini :
<b:widget id='Stats1' locked='false' 
Pastu, ada kod  <div class='widget-content'> kan? korang gantikan kod tu kepada
  <div class='widget-content' style='text-align: center;'>
CONTOH;


Preview dulu. Kalau tak ada error, boleh save.

 Ohya. Tutorial ini untuk template designer. Kalau korang guna classic template, korang boleh guna http://www.freebloghitcounter.com/ atau yang lain. ada banyak lagi.. Boleh je cari kat google :)

Salah satu sebab kenapa saya tak suka bagi Anonymous komen.

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera

Kihah memang suka bagi anonymous komen. Tapi, ni lah jadinya.

spammers

7 August 2012

SHILA AMZAH kini sudah BERTUDUNG :)

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :-)



Bermula 1 Ramadhan yang lalu, Shila Amzah sudah belajar untuk berjinak-jinak mengenakan tudung dalam penampilannya. Ternyata tempoh percubaan yang dilaluinya selama 15 hari telah membuatkan beliau mengambil keputusan untuk terus kekal dengan imej bertudung sehingga ke akhir hayat.

Menerusi mStar online, Shila memaklumkan bahawa keputusannya untuk bertudung telah dibuat pada Sabtu lalu, di mana apabila kekasih hatinya Sharnaaz Ahmad mengajak beliau untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika bersiap secara tidak sengaja Shila telah mengambil tudung dari almari dan menyarungkannya di atas kepala. Pada ketika itulah Shila mula sedar, dan mula mengambil keputusan untuk berubah.



Menurut Shila, Sharnaaz tidak menyangka perubahan drastik yang dilakukan olehnya, namun begitu Sharnaaz tetap gembira dengan imej terbaru beliau.

Kini Shila turut berubah sedikit demi sedikit dari segi gaya penampilannya, di mana beliau sudah memilih untuk gaya yang lebih sopan dan bersesuian dengan imej terbaru beliau.


"Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyaAllah Shila akan terus bertudung,"katanya yang memberitahu gambar-gambarnya bertudung yang banyak dimuat naik di laman sosialnya itu adalah imej terkininya dan bukan hanya saja-saja untuk bertudung.



Penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila para peminatnya menyokong dan mendoakannya supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad serta niat untuk berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiga Suara' itu mengambil keputusan untuk tidak mahu mengulas lebih lanjut.

"Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal ini. Shila rasa soal perkahwinan tu eloklah ditanya pada Sharnaaz,"ujar Shila.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.



"Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.

"Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan," ujarnya.

Walaupun sudah bertudung, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan beliau bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan. Menerusi pemilihan lagu pula, Shila akan lebih memilih lagu berkonsepkan balada dan pop.


Sumber Gambar : Twitter https://twitter.com/Shilaamzah
Artikel gabungan : Oh Bulan, YahooM dan mStar

P/S : Alhamdulillah! :D #Shilalas

4 August 2012

Nak masuk tandas pun kena bayar!

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"



p/s: Jumpa entry ni blog kak Ila :) Rasa macam nak share pulak kat bloggers lain.. Renung-Renungkan Selamat Beramal ! :D

Gempak Giveaway Hari Raya by Amercorner.Com!!
Samsung Galaxy SIII, hanya RM999.. Macam mana nak dapat? Cepat Tekan SINI!!
Alamilah dunia penuh keajaiban di Hong Kong Disneyland! Dapatkan Tiket SEKARANG!