13 August 2012

Peluang Minum Teh bersama PASANGAN DIRAJA, Putera William dan Kate Middleton


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

SHAH ALAM - Duke dan Duchess of Cambridge akan mengadakan lawatan ke Malaysia pertengahan bulan depan dalam rangka kunjungan ke beberapa negara rantau ini sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth II.

Putera William dan Duchess Kate Middleton akan melawat Singapura, Malaysia dan Kepulaun Solomon sebelum menuju ke Pulau Pasifik Tuvalu, lapor akhbar Telegraph.

Duke dan Duchess of Cambridge ini akan berada di Malaysia selama tiga hari.

Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga awal tahun lepas merupakan anggota pertama keluarga diraja Britain pertama melawat negara-negara Komanwel sejak Ratu Elizabeth mengadakan lawatan pada 1982.

Tuvalu, merupakan sebuah negara dunia keempat terkecil, berkapasiti 10,000 orang penduduk.

Istana St James mengumumkan bahawa pasangan itu akan tiba di Singapura pada 11 September sebelum melawat Kuala Lumpur dan Sabah dan terbang ke Tuvalu melalui Kepulauan Solomon dan seterusnya ke Pulau Polinesia 19 September.

Ratu Elizabeth meraikan sambutan Jubli Intan baru-baru ini. Pasangan itu mengunjungi Kanada dan Amerika Syarikat Julai lalu selepas majlis perkahwinan mereka.

Semasa mengunjung ke Sabah, mereka akan melawat hutan hujan dan belajar usaha memulihara hutan hujan tertua di dunia, yang berusia lebih 130 tahun.



Korang tengok tak TV3 tadi? Ha.. Ni lah yang Kihah nak bagitahu kat korang. Macam mana nak masuk? Macam mana nak jumpa diorang dan minum teh bersama diorang? Senang je :D

  • Peserta perlu email gambar digital dalam format JPEG (tidak besar daripada 250 KB) diri mereka sendiri, kawan atau teh menikmati keluarga di lokasi yang kreatif
  • Penyertaan ni terbuka kepada semua orang rakyat Malaysia.
  • Peserta harus meng-emailkan maklumat lengkap tentang diri mereka seperti nama mereka, maklumat kenalan, tarikh lahir dan penerangan ringkas gambar. 
  • hantarkan gambar dan maklumat lengkap tersebut kepada ukinmalaysia@yahoo.com

Gambar akan diadili berdasarkan kreativiti, keaslian, dan kualiti. Pertandingan ini akan tamat pada 1 Sept 2012.

Senang je kan? Ada satu facebook tu untuk korang tau dengan lebih lanjut maklumatnya. Tapi, terlupa. Kalau ada sesiapa tahu, boleh bagitahu.. Nanti kihah update :) Tu je.. Assalamualaikum.

author image

FAQIHAH HUSNI

Hi! I'm the writer and author of this webpage. Currently studying in SM Sains Kubang Pasu or know as KUPSIS in Kedah. A Kedahan girl for sure! 2017 is my senior year there and I'm fighting to 9A+ in SPM. Do pray the good result for me and others 1317 warriors. Thank you for your time :)

5 comments:

Budi Bahasa Budaya Kita