Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

21 September 2013

Tulisan di sebalik peta dunia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, peace upon you.



Apa yang nak diragukan lagi kebesaran Allah SWT tiada tolak bandingnya betapa besarnya  kuasa Allah SWT, Allah hu'Akbar

Peta Dunia jika diterbalikkan terbentuk tulisan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW

creds;


4 June 2013

Running Man akan ke Malaysia September ini! :D

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



Bagi peminat setia rancangan realiti Korea, Running Man, korang mesti teruja bila dapat tahu team Running Man akan melakukan pengambaran di Malaysia September ini kan? At least terubat kekecewaan rumors sebelum ni di mana pada mulanya Malaysia termasuk dalam siri jelajah Running Man Asia, tetapi akhirnya mereka memilih Taiwan dan juga Macau.

Tapi, apa yang pasti, berita terbaru, Running Man akan melakukan pengambaran di Malaysia... pasti ramai peminat Lee Kwang Soo, Kim Jong Kok, Haha, Jae Suk, dan Kang Gary akan memenuhi tempat di mana akan dilakukan pengambaran. Tetapi, pasti ada yang kecewa sebab satu-satunya wanita di dalam Running Man, Ji Hyo tak dapat datang ke Malaysia... or maybe ini adalah kejutan seperti yang berlaku ketika episod di China di mana Ji Hyo tiba-tiba muncul selepas tidak dapat datang pada mulanya? Ah...dorang ni kuat berdrama jugak....dah nama pun reality show kan :P



Pada mulanya, aku memang tak layan pun Running Man ni, tapi bila kat studio, course mate aku tergelak sorang-sorang depan PC, kat rumah sewa, housemate aku berdekah ketawa... bila buat praktikal pulak, officemate duk cerita pasal Running Man. At last, aku tengok satu episod dan akhirnya terjebak. Maka, aku start la tengok dari episod 1 dan sampai sekrang, episod yang terbaru adalah episod 147. Korang tak layan? Korang tengok satu episod, lepas tu mesti korang ketagih nak tengok gelagat depa dalam Running Man ni... tak caya? cuba try test.


Cast for Running Man... masing2 ade karekter masing2...

So, di mana lokasi spesifik pilihan Running Man di Malaysia? Sekitar Kuala Lumpur? KLCC? Petaling Street? or maybe mereka ke Geopark Langkawi? Or dorang akan ke Sabah or Sarawak yang kaya dengan tradisi pribumi? Ianya masih menjadi rahsia lagi. 

Bagi yang tak tahu nak tengok Running Man secara online kat mana, korang boleh tengok kat kshownow .. tengok kat sini best sebab dah siap subtitle. Setiap hari Selasa, dorang akan update episod terbaru Running Man. Aku tak tengok online. Aku download terus je. Korang bukak link yang Daily Motion punya, lepas tu, copy link tu dan paste kat keepvid.com . As simple as that.  :)


Comel pulak kek Running Man ni....

sumber: blogged.my

22 March 2013

Najwa Latif dapat 4A dalam SPM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



Wakilkan kakak ambil keputusan kerana tertekan, ingin sambung pengajian bidang TESL

Penyanyi remaja popular, Najwa Latif, mencatatkan keputusan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Namun, bekas pelajar aliran sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, di sini, itu tidak hadir untuk mengambil salinan keputusan peperiksaan berkenaan.
Sebaliknya, kakaknya, Iqhwatul Syafika, 24, yang muncul mewakili artis terbabit, kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika dihubungi petang semalam, Najwa, 18, berkata dia meminta kakaknya mengambil keputusan berkenaan kerana berasa cukup tertekan. Penyanyi ini turut menafikan dirinya kecewa dengan keputusan itu sehingga tidak sanggup untuk berbuat demikian.

“Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS).

Mohon maaf

Sementara itu, ketidakhadiran penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku ini bukan saja menghampakan sekumpulan wartawan yang menunggu sejak pagi, malah turut mengecewakan rakan dan gurunya.

Cubaan media mendapatkan komen ringkas Syafika juga tidak berhasil apabila dia bergegas meninggalkan kawasan sekolah.

Tinjauan di rumah Najwa turut mendapati kediaman itu tidak berpenghuni, malah seorang jiran yang ditemui memaklumkan penyanyi berkenaan sudah keluar bersama semua ahli keluarganya, sejak kira-kira jam 11 pagi.

“Saya minta maaf kepada yang cuba menghubungi atau menunggu saya di sekolah. Bukan saya cuba mengelak atau melarikan diri, tetapi masa itu saya sedikit tertekan. Bagaimanapun cikgu ada berpesan pada kakak, semoga saya berjaya,” katanya.

Promosi single dengan Sleeq

Najwa yang memperoleh A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Matematik, berhasrat menyambung pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Berharap dapat memulakan pengajian Jun ini, Najwa akan tetap meneruskan bidang seni suara dan cuba mengatur jadual persembahan sebaik mungkin.

“Sekarang saya sibuk mempromosikan single duet saya bersama Sleeq, Sahabat. Insya-Allah, saya juga akan muncul dengan single baru berjudul I Love You, ciptaan bersama kakak, selepas ini,” katanya yang akan turut serta dalam acara siri jelajah ABPBH 2012 di Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru, Ahad ini.

sumber : BH

25 December 2012

Hukum Mengucapkan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://ohmedia.me/ohmedia-majlis-fatwa (portal rasmi fatwa Malaysia)


HADIS PALSU YANG TERSEBAR :

"Barang siapa yang meniru, mengucapkan selamat kepada agama lain, bererti ia telah kafir & Neraka Janahamlah tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)

Saya telah bertanya kepada Ustaz Razali Tahir tentang hadis ini dan menurut beliau, hadis ini tiada dalam kitab Bukhari & Muslim. Saudara Mohd Nawawi Abdul Razak juga mengatakan ianya palsu dan tiada di dalam dua kitab hadis tersebut.

sumber: http://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/10151648945959572

Assalamualaikum.

SHARE.

12 December 2012

Kesian Harimau Malaya! Dapat Layanan buruk di Thailand..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..


PADANG macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam.

Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan. Ianya hanyalah padang awam yang dikongsi dengan orang awam di Bangkok!


Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.

Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.


“Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.


“Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini,” katanya.

Skuad kebangsaan tiba di Bangkok kelmarin, sehari lebih awal bagi melakukan persiapan rapi selepas seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.



Menurut Subahan, beliau sudah mengemukakan laporan kepada AFF dan FAT mengenai masalah itu.

“AFF sudah dimaklumkan tapi dengan tempoh singkat ini, mereka gagal menyediakan padang lain,” katanya.

Sementara itu, Rajagobal mengaku kecewa keadaan padang membahayakan selain tidak dapat menilai tahap pemain yang cedera.

“Saya takut dengan keadaan padang teruk ini akan mencederakan pemain dan sebab itu mereka hanya memanaskan badan saja.

“Senario ini mengganggu persiapan pasukan tapi kami tidak boleh terlalu memikirkan masalah ini dan saya mahu semua pemain kekal fokus,” katanya.

Peluang terakhir Rajagobal merencana strategi adalah pada sesi latihan rasmi di Stadium Supachalasai, hari ini.

Mengulas kecederaan pemain, beliau berkata, Mohd Shakir Saari dan Wan Zack Haikal Wan Noor masih belum pasti dapat diturunkan.

Ish Ish Ish... Kesiannya.. Apa pendapat korang? TekanSini kejap?

14 November 2012

Salam Maal Hijrah, 1434h semua :)

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

fuhh.. fuhh.. Tak tau nak buat muqadimah entry ni macam mana. Bedai je la, Faqihah oit

Sepertimana yang banyak umat Islam dan orang bukan Islam tahu, hari ni merupakan hari Rabu, 14 November 2012. Kan? Mesti semua tahu kan? err. Mungkinlah ada juga yang tak tahu. hehe.

Tapi, korang tahu tak yang hari ini merupakan Awal Muharram? Awal Hijrah? 1434 tahun hijrah? Korang tahu tak? Eh.. Mestilah korang tahu dengan bantuan media massa kan? Dan mesti ada yang tahu melalui rakan-rakan, dan ada yang ketahuinya sendiri. Wah! Bagus-bagus! walau apa pun sumber yang korang dapat tahu, janji korang masih ingatkan Islam..

Sebenarnya, tak ada banyak yang nak diper'kata'kan di entry ini. Eh. 'kata' pulak. Taip. Baru betul. hehehe.

So, apa azam korang tahun baru ni? Nak jadi baik ke jahat? Nak ulangi perbuatan yang sia-sia dan berdosa yang korang pernah buat tahun lalu ke? atau nak buat kebaikan? buat ibadah yang Allah sarankan? Choose one.


Moga tahun baru ni Iman kita semakin kuat, kesabaran dan ketabahan kita semakin tinggi, dan Allah ampunkan dosa-dosa kita tahun lalu. Tingkatkan ibadah, perbaiki akhlak mantapkan iman! Yes! akhirnya! Saya dah ada slogan saya sendiri! yayy! hehhe

ok. Tu je nak abaq. Kalau cheq ada buat salah ke apa ke, tegurlah saya ye. Kalau saya pernah buat salah ke, buat korang benci, meluat kat saya ke, tak reply mesej korang ke (saya baca tapi kadang2 tak jawb sebab saya tak tahu/sebab dah banyak kali saya jawab).. maafkanlah ye..
p/s: mungkin lepas ni saya jarang online. Seminggu dua tiga kali mungkin.. dan.. saya agak gementar untuk mengetahui keputusan UPSR yg bakal diumumkan Isnin, 19.11.12 minggu depan. fuh.. ya allah.. oh oh.. kalau ada pertanyaan boleh je tanya di ask.fm ataupun cbox qihah ataupun fb/fanpage qihah.. kalau kat twitter saya malas sikit nk jawb :) hehe
Insyaallah. Assalamualaikum ^^

25 August 2012

“…and i get 5 days of MC, ohh my god…!!”

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)


in Utusan Malaysia, 25 Ogos 2012

“…and i get 5 days of MC, ohh my god…!!,” itulah antara ungkapan yang di sampaikan oleh seorang anak gadis yang dikenali sebagai, Nur Fitri Abdul Rahman atau mesra dipanggil FeetriXOXO.

Sebelum ini, MyNewsHub telah berkongsi video Fitri dan beberapa video yang seolah-olah mengajuk (parody clip) anak gadis itu.

Menurut sumber, gadis yang masih bersekolah yang juga merupakan warga Singapura itu mula mendapat F

Penulis merasakan tidak menjadi masalah kepada sesiapa sahaja untuk memuat naik video berkenaan kehidupan, percintaan dan sebagainya di laman sosial.

Namun, yang menjadi ‘daya penarik’ dalam VIDEO YANG DIMUAT NAIK oleh Fitri itu adalah aksi-aksi yang dia rasakan ‘comel’ tetapi tidak bagi rata-rata penonton.

Bermulut kembong, kening diangkat sedikit, kerdipan mata dan menunjukkan simbol ‘peace’. Apakah itu comel bagi anda yang menonton?

Penulis sendiri sukar untuk menerangkan memek muka yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Mana tidaknya, ramai yang mengecam anak gadis itu seperti ‘minah gedik’, menggelikan, memalukan dan pelbagai lagi komen negatif.

Malah, ada yang merasakan video-video yang dimuat naik merupakan satu bahan jenaka bagi mereka hingga ada yang ‘pecah perut’ ketawa dan mengalirkan air mata.

Apa yang pasti, ramai pihak mula membuat video seolah-oleh mengajuk (parody clip) dengan melakonkan semula aksi serta cara gadis itu bercakap.
Penulis pelik kenapa gadis itu sanggup melakukan memek muka serta aksi ‘comel’ dan dimuat naik di Youtube.
Memetik dari klip tersebut, Feetri menyatakan suaranya memang sebegitu dan dia tahu ramai pihak telah mengecam video-video yang dimuat naik olehnya.
Selain itu, menerusi laman sosial Facebook miliknya, Fitri sedar yang dirinya telah dikecam ramai pihak. Namun, kenalan Facebook miliknya memberi sokongan semangat kepada anak gadis itu.
Memetik dari kenyataan Fitri, dia sedar akan umum mula memberi kritikan dan ‘berkata’ berkenaan video ’5 days MC’ yang dimuat naik olehnya sebelum ini.
Nur Feetri trending in Twitter 25 Ogos 2012
“… ramai orang yang memperkatakan pasal saya dan saya tidak suka. “Apa anda akan rasa jika orang mula berkata pasal anda dalam Facebook? Ia menyakitkan,” ujar Fitri dalam video tersebut. Pada masa yang sama, Fitri turut menyatakan yang suaranya memang sebegitu dan tidak bermemek-memek seperti gadis ‘gedik’ lain di luar sana. Selain itu, Fitri juga cuba untuk menghiburkan para penonton yang menonton video yang dimuatnaik olehnya. Adakah anda terhibur seperti yang diharapkan oleh Fitri? Apa pendapat anda? Mungkin anda akan terhibur apabila melihat memek muka Fitri terutama pada awal dan disepanjang video tersebut? Hahahaha
p/s : macam macam cara orang gunakan untuk menarik perhatian orang ramai dan menjadi popular
sumber; mynewshub.my

13 August 2012

Peluang Minum Teh bersama PASANGAN DIRAJA, Putera William dan Kate Middleton

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

SHAH ALAM - Duke dan Duchess of Cambridge akan mengadakan lawatan ke Malaysia pertengahan bulan depan dalam rangka kunjungan ke beberapa negara rantau ini sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth II.

Putera William dan Duchess Kate Middleton akan melawat Singapura, Malaysia dan Kepulaun Solomon sebelum menuju ke Pulau Pasifik Tuvalu, lapor akhbar Telegraph.

Duke dan Duchess of Cambridge ini akan berada di Malaysia selama tiga hari.

Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga awal tahun lepas merupakan anggota pertama keluarga diraja Britain pertama melawat negara-negara Komanwel sejak Ratu Elizabeth mengadakan lawatan pada 1982.

Tuvalu, merupakan sebuah negara dunia keempat terkecil, berkapasiti 10,000 orang penduduk.

Istana St James mengumumkan bahawa pasangan itu akan tiba di Singapura pada 11 September sebelum melawat Kuala Lumpur dan Sabah dan terbang ke Tuvalu melalui Kepulauan Solomon dan seterusnya ke Pulau Polinesia 19 September.

Ratu Elizabeth meraikan sambutan Jubli Intan baru-baru ini. Pasangan itu mengunjungi Kanada dan Amerika Syarikat Julai lalu selepas majlis perkahwinan mereka.

Semasa mengunjung ke Sabah, mereka akan melawat hutan hujan dan belajar usaha memulihara hutan hujan tertua di dunia, yang berusia lebih 130 tahun.



Korang tengok tak TV3 tadi? Ha.. Ni lah yang Kihah nak bagitahu kat korang. Macam mana nak masuk? Macam mana nak jumpa diorang dan minum teh bersama diorang? Senang je :D

  • Peserta perlu email gambar digital dalam format JPEG (tidak besar daripada 250 KB) diri mereka sendiri, kawan atau teh menikmati keluarga di lokasi yang kreatif
  • Penyertaan ni terbuka kepada semua orang rakyat Malaysia.
  • Peserta harus meng-emailkan maklumat lengkap tentang diri mereka seperti nama mereka, maklumat kenalan, tarikh lahir dan penerangan ringkas gambar. 
  • hantarkan gambar dan maklumat lengkap tersebut kepada ukinmalaysia@yahoo.com

Gambar akan diadili berdasarkan kreativiti, keaslian, dan kualiti. Pertandingan ini akan tamat pada 1 Sept 2012.

Senang je kan? Ada satu facebook tu untuk korang tau dengan lebih lanjut maklumatnya. Tapi, terlupa. Kalau ada sesiapa tahu, boleh bagitahu.. Nanti kihah update :) Tu je.. Assalamualaikum.

28 July 2012

Roundabout Paling Pening Di Dunia!

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)


Tengah blogwalking tadi.. Pastu, terjumpa sesuatu yang menarik ni.. jumpa kat blog www.budakbotak.com. Serious kalau korang tengok, mesti PENING PUNYA!! Roundabout ni terletak kat Swindon, England. Cuba tengok..


Agak-agak korang kan, kalau kat Malaysia aga roundabout macam ni dan korang kena guna, macam mana korang nak lalu? Senang je.. Kalau korang pelancong kat situ, korang kena ikut jalan jauh macam anak panah merah kat bawah ni. Tapi kalo korang mahir tentang roundabout nie, korang boleh guna shortcut macam anak panah kuning kat bawah ni.


Huishh. Kalaulah memang ada Malaysia.. Uishh! Tak boleh bayangkan!! Hehe. Apa pendapat anda? Cer KOMEN! :)

21 July 2012

Dosa ‘Tanggang’ dibalas tunai

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera!! :)



PADANG BESAR: “Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat,” kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya.

Kira-kira 10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak isteri dan membiarkan isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah.

“Saya mengakui terlalu mengikut telunjuk isteri hingga mengabaikan ibu. Saya langsung tidak mengambil peduli nasib ibu dan hanya mengetahui arwah ditempatkan di sini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau keluar dari rumah yang didiami bersama isteri di Bukit Kecil, dekat sini.

“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.



INSAF...Abdul Rahman kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup.

INSAF...Abdul Rahman kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup.

Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


P/S : Hmm.. sedih pulak baca cerita ini.. Ya Allah.. Macam-macam terjadi sekarang. Mohon kita dijauhi. Nauzubillah! :'( Apa kata korang?


- VOTE FOR ME PLEASE : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=408207415887953&set=a.406737232701638.88772.248684711840225&type=3&permPage=1

6 July 2012

Instagram Serious Nak Lancar KAMERA.

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)



Desas - desus kini bertiup kencang apabila syarikat pembuat aplikasi , Instagram yang dibeli Facebook baru baru ini dikhabarkan sedang membangunkan kamera mereka sendiri dan bakal diperkenalkan hujung tahun ini.

Kamera terbabit dikatakan bersaiz dua kad kredit dengan ciri resolusi  16.1 megapiksel yang dilengkapi WiFi dan pastinya aplikasi Instagram lengkap dimuatkan dalam peranti berkenaan . 

Instagram dikatakan sedang bekerjasama dengan salah satu syarikat popular Jepun untuk merealisasikan hasrat itu .

Apps Instagram membolehkan penguna mengubah imej mengikut kreativiti menerusi pelbagai ' fliters ' , atau konsep yang ditawarkan . 

Terdapat beberapa ciri kreatif ditawarkan Instagram termasuk XPro-II , Earlybird , Lomo-fi , Sutro , Toaster , Brannan , Inkwell , Walden , Hefe , Apollo , Poprocket , Nashville , Gotham dan 1977 .

Jom tengok sini :
- Giveaway Istimewa (MP4, Earphone dan 10 Hadiah misteri)
- Giveaway Ziera (RM200+ Hadiah untuk dimenangi)

22 May 2012

Al-Quran di tangan bayi KETIKA LAHIR

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Assalamualaikum | Salam Sejahtera

-RANDOM GIVEAWAY BY YANA!-
-Special Giveaway by Aziera Adnan (LOMO)-
-1st Mini Giveaway by Hajar-Official-
-Tiket PERCUMA ke SUKAN OLIMPIK LONDON!-
-Kenal tak siapa nyanyi lagu ni? Best sangat!!!-



Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran | Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi.

Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.








Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

19 May 2012

Yuna DIROMPAK

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.


Kereta penyanyi terbabit sebelum itu digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Tan Ah Chuan, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat.

“Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta.

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Sumber

12 May 2012

Bunuh Diri dan MURTAD Akibat Putus Cinta

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة






"Nama Islamnya Syahir,  kini Edward Martin Jesus, dia hendak membunuh diri hari ini (12 Mei 2012) akibat kecewa bercinta," dicatatkan rakan sama.


Melalui pengalaman lalu, mereka ingin membunuh diri lazimnya tidak akan menghebahkan tujuan mereka kepada umum. Jika berhasrat terjun dari bangunan tinggi, mereka menaiki lif, memanjat tembok dan kemudan terjun tanpa berfikir panjang. 

Otak mereka bertaburan dan tubuh mereka patah riuk. 

Manakala kelompok ingin dipujuk, takut dan sayangkan nyawa, selalunya akan berdiri di tempat tinggi dan menunggu orang ramai berkumpul di bawah. Gambarnya akan dirakamkan menggunakan kamera digital, telefon bimbit atau kamera video. Selepas dihubungi, Polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat kemudian tiba di lokasi, memanjat bangunan,  menjalankan usaha memujuk dan menyelamat.

Martin mengambil tindakan berbeza, dia mengumumkan niat untuk membunuh diri dan akan memulangkan semua barangan pemberian teman wanitanya, didakwa bernama Atiqah Aziz dan tinggal di Ampang, Selangor. Melalui alamat tercatat di laman Facebook, Edward mendakwa menetap dan menuntut di Shah Alam, Selangor. 



Fakta, pemegang akaun ini tidak memiliki gambar profil sekaligus identitinya tidak dikenali. Motif dia ingin menamatkan riwayatnya, akibat kecewa dalam percintaan.

Dia minta untuk dipujuk dan diselamatkan.




Jadi mengikut kelaziman, InsyaAllah, dia tidak akan membunuh diri kerana takutkan mati.

Klik DI SINI untuk meninjau laman Facebook Edward. 

Sumber : Mazidul Akmal Sidek
P/S : Macam macam dunia sekarang ni..
JANGAN LUPA UNDI KIHAH UNTUK DIGI WWOWW AWARD! TEKAN SINI

11 May 2012

"Saya Tak Bersubahat" - Perakam Ibu Belasah Bayi


Salam 1 Malaysia... Berdasarkan kes Bayi Ditendang, Dipukul oleh Ibunya sendiri, perakam video tersebut telah ditemubual oleh HMetro baru-beru ini.. Mari kite dengar penjelasannya..




P/S : Jangan mebuat tuduhan tanpa sebarang pemeriksaan terperinci
Jangan lupa VOTE kihah untuk DiGi WWWOW AWARDS!

9 May 2012

Video Bayi Ditendang, Dipukul

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Tidak diketahui apakah dosa bayi tersebut hingga diperlakukan sedemikian rupa. Takda perasaan kasih sayang ka kat orang yang buat tu. Jangan sampai bayi tu dah besar nanti buat balik kat orang yang buat dia tu. Adakah yang pukul tu mak dia atau pengasuh? Harap dapat dikenakan tindakan sewajarnya terhadap perempuan tu.


Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.





Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.



Link video di FB ->
https://www.facebook.com/video/video.php?v=3375399497758


"Bayi tersebut dijaga oleh orang lain. Tetapi, bayi tersebut masih dalam keadaan trauma. Bila orang pegang dia nangis. Perempuan yang record video ni pernah cuba untuk menghalang wanita tersebut. Tetapi, kena belasah juga. So, dia  terpaksa record senyap senyap untuk tunjuk bukti kepada polis" - sumber from facebook

Astaghfirullahalazim... Apa nak jadi dengan orang zaman sekarang ni?? Hmm.

TOLONG UNDI KIHAH DISINI!!  Projek TERBARU YUNA!!!

4 May 2012

Tahniah kepada Scha dan Awal | GAMBAR

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulillah, Awal Ashaari dan Scha telah selamat diijabkabulkan dengan hanya Sekali Lafaz :)

Scha al-Yahya memberikan 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang dari pihak Awal Ashaari. Mas kahwin bernilai RM2,050. Pasangan ini nampak ceria dalam persalinan serba putih. Berikut merupakan gambar
gambar terawal yang diperolehi sekitar majlis akad nikah Scha al-Yahya & Awal Ashaari:



























Awal Scha Nikah-24


Awal Scha Nikah-59


Awal Scha Nikah-118












Sumber : Fanpage Scha dan OhBulan!


FOLLOW ME ON TWITTER : @FaqihahHusni