Showing posts with label Kesian. Show all posts
Showing posts with label Kesian. Show all posts

19 May 2012

Yuna DIROMPAK

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.


Kereta penyanyi terbabit sebelum itu digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Tan Ah Chuan, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat.

“Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta.

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Sumber

9 May 2012

Video Bayi Ditendang, Dipukul

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Tidak diketahui apakah dosa bayi tersebut hingga diperlakukan sedemikian rupa. Takda perasaan kasih sayang ka kat orang yang buat tu. Jangan sampai bayi tu dah besar nanti buat balik kat orang yang buat dia tu. Adakah yang pukul tu mak dia atau pengasuh? Harap dapat dikenakan tindakan sewajarnya terhadap perempuan tu.


Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.





Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.



Link video di FB ->
https://www.facebook.com/video/video.php?v=3375399497758


"Bayi tersebut dijaga oleh orang lain. Tetapi, bayi tersebut masih dalam keadaan trauma. Bila orang pegang dia nangis. Perempuan yang record video ni pernah cuba untuk menghalang wanita tersebut. Tetapi, kena belasah juga. So, dia  terpaksa record senyap senyap untuk tunjuk bukti kepada polis" - sumber from facebook

Astaghfirullahalazim... Apa nak jadi dengan orang zaman sekarang ni?? Hmm.

TOLONG UNDI KIHAH DISINI!!  Projek TERBARU YUNA!!!