22 March 2013

Najwa Latif dapat 4A dalam SPM


Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



Wakilkan kakak ambil keputusan kerana tertekan, ingin sambung pengajian bidang TESL

Penyanyi remaja popular, Najwa Latif, mencatatkan keputusan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Namun, bekas pelajar aliran sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, di sini, itu tidak hadir untuk mengambil salinan keputusan peperiksaan berkenaan.
Sebaliknya, kakaknya, Iqhwatul Syafika, 24, yang muncul mewakili artis terbabit, kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika dihubungi petang semalam, Najwa, 18, berkata dia meminta kakaknya mengambil keputusan berkenaan kerana berasa cukup tertekan. Penyanyi ini turut menafikan dirinya kecewa dengan keputusan itu sehingga tidak sanggup untuk berbuat demikian.

“Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS).

Mohon maaf

Sementara itu, ketidakhadiran penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku ini bukan saja menghampakan sekumpulan wartawan yang menunggu sejak pagi, malah turut mengecewakan rakan dan gurunya.

Cubaan media mendapatkan komen ringkas Syafika juga tidak berhasil apabila dia bergegas meninggalkan kawasan sekolah.

Tinjauan di rumah Najwa turut mendapati kediaman itu tidak berpenghuni, malah seorang jiran yang ditemui memaklumkan penyanyi berkenaan sudah keluar bersama semua ahli keluarganya, sejak kira-kira jam 11 pagi.

“Saya minta maaf kepada yang cuba menghubungi atau menunggu saya di sekolah. Bukan saya cuba mengelak atau melarikan diri, tetapi masa itu saya sedikit tertekan. Bagaimanapun cikgu ada berpesan pada kakak, semoga saya berjaya,” katanya.

Promosi single dengan Sleeq

Najwa yang memperoleh A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Matematik, berhasrat menyambung pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Berharap dapat memulakan pengajian Jun ini, Najwa akan tetap meneruskan bidang seni suara dan cuba mengatur jadual persembahan sebaik mungkin.

“Sekarang saya sibuk mempromosikan single duet saya bersama Sleeq, Sahabat. Insya-Allah, saya juga akan muncul dengan single baru berjudul I Love You, ciptaan bersama kakak, selepas ini,” katanya yang akan turut serta dalam acara siri jelajah ABPBH 2012 di Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru, Ahad ini.

sumber : BH
author image

FAQIHAH HUSNI

Hi! I'm the writer and author of this webpage. Currently studying in SM Sains Kubang Pasu or know as KUPSIS in Kedah. A Kedahan girl for sure! 2017 is my senior year there and I'm fighting to 9A+ in SPM. Do pray the good result for me and others 1317 warriors. Thank you for your time :)

1 comment:

Budi Bahasa Budaya Kita