27 May 2012

Tips : Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera


AWESOME GIVEAWAY MUST JOIN!!
RANDOM GIVEAWAY
SPECIAL LOMO CAMERA GIVEAWAY
1st HAJAR'S GIVEAWAY
Help Hajar: BESTFRIEND CONTEST
MENJADI TUKANG MASAK




Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?

Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia).

Tip yang Kihah nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar..

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4. Kemudian, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9. Kemudian, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22. Kemudian, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan-kawan?? Sama-samalah kita kongsikan kepada sahabat kita yang lain, adik-beradik kita, keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat pahala =) Assalamualaikum

16 comments:

  1. Ya Allah . Thanks for sharing sista :)

    ReplyDelete
  2. wahhh..tengs adik faqihah ;)

    ReplyDelete
  3. menarik . tak pernah tau sebelum ni . thanks for info

    ReplyDelete
  4. SubhanAllah~ tengs 4 sharing ya ! ^^

    ReplyDelete
  5. Baguslah panduan nie..akak minta copy yer

    ReplyDelete
  6. Haaa, kan senang kalau macam ni.. Takdelah saya bertungkus lumus kena cari bukak semua page! Wakaka! Pistachio no warrior kak XD

    ReplyDelete
  7. hai faqihah. thanks sbb sharing ye?
    akak nak copy dlm blog akak boley??

    ReplyDelete
  8. HEBATNYER..THANKS FOR SHARING...

    ReplyDelete

Your words defines you