#PrayForGaza

ุงู„ุณّู„ุง ู… ุนู„ูŠฺฉู… ูˆุฑุญู…ุฉุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑฺฉุฉ | Salam Sejahtera :)

Ketika kita sedang hidup dengan aman dan tenteram tanpa bunyi yang bising, rakyat-rakyat di Gaza pula sedang berlari ke sana ke mari untuk melindungi diri. Sedang berperang demi Islam dan negara.  Sedang bersedih dengan pemergian ahli keluarga yang tersayang. Sedang berfikir cara untuk melindungi diri. Sedang berfikir cara untuk memberhentikan peperangan dengan Israel.

Sedang kita makan dengan senang lenang hingga kenyang sampai makanan tu pun tak habis lalu dibuang, mereka di Gaza nak makan pun susah. Nak makan, tidur pun dok fikir kalau-kalau bom datang nanti.

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah :

"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"


"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."



"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."


"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

MENDERMA MELALUI SMS :

Taip PALESTIN 10
(Nilai RM10/5/3/1Contoh: PALESTIN 10
Hantar ke 39111

ACCOUNT BANK:


Dana Sumbangan & Derma Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

From http://www.facebook.com/helizahelmi?fref=ts


Ayuh, jangan sekadar melihat , mendengar sahaja. Lakukan sesuatu. walaupun rm1, tapi besar manfaatnya In sha Allah. Hanya Allah yg akan membalas dan menilai jasa baik kalian. Syukran wahai sahabat sahabat yang Allah kasihi.....

Boleh layari laman web http://www.amanpalestin.net/


Btw, Qihah ada beli buku ni. kat Popular. Harganya RM18. Sangat sangat sedih T^T



Oklah. Bye, Assalamualaikum :)

Comments

Post a Comment

Budi Bahasa Budaya Kita

Popular posts from this blog

Tutorial : How To Use Blogskin? Cara nak Guna Blogskin

Senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016

PT3 Sejarah : Faktor-faktor Perjanjian Persekutuan 1895 dan kesan-kesannya.