5 November 2012

Benarkah kita mencintai Rasulullah kita?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Salam Sejahtera :)

Kebanyakkan manusia zaman sekarang ni lebih cintakan bab-bab keduniaan. Cinta kepada harta. Cinta kepada pakwe/makwe. Cinta kepada kepopularan dan lain-lain lagi lah.

Tapi, berapa peratuskah umat Islam yang cintakan kepada Rasulullah kita? Yang cintakan kepada seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib?

Berapa ramaikah umat Islam yang menjadikan baginda sebagai Idola mereka? Berapa ramaikah yang mengetahui tentang biodata baginda?


Ya. Memang ramai yang mengaku Cintakan Rasulullah SAW. Tapi, adakah tindakan mereka sama seperti apa yang mereka katakan? Seperti kata Ustaz Azhar Idrus di dalam video di atas pada minit ke 1:00 "Jikalau lah apa yang nabi suka bercanggah dengan apa yang manusia suka, didahulukan hok manusia bermakna kata-kata cinta dan sayang kepada nabi Muhammad SAW adalah bohong belaka".

Kita kata kita cintakan Nabi Muhammad SAW, tapi adakah kita buat apa yg dia suka dan tinggalkan apa yang dia tak suka? eh eh. Tapi kalau yang sakit sampai tak boleh nak bangun tu tak po la ye.. Ni yang sihat Wal afiat ni ha.

Kita kata kita cintakan Nabi Muhammad SAW, tapi adakah kita berselawat padanya tiap-tiap hari?
Kita kata kita cintakan Nabi Muhammad SAW, tapi adakah kita ingat pada baginda tiap-tiap hari wahai saudaraku sekalian?

"Ewahh.. Kenapa kita nak kena ingat kat Rasulullah SAW tiap-tiap hari pulak?

Kenapa awak tanya? Jom tonton video ini pulak :



Mashaallah.. Betapa kasihnya baginda Rasulullah kepada Ummat baginda iaitu kita.. Betapa sayangnya baginda kepada kita sebagai ummatnya sehinggakan sebelum baginda wafat, dia masih lagi ingat kepada ummatnya.. Ya Allah..

Renung-renungkanlah dan jangan lupa berselawat kepada nabi Muhammad..
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Apa Itu Selawat? Apakah Lafaz-lafaz selawat yang betul?  Apakah kepentingan dan kelebihan berselawat? nak tahu semua itu? TEKAN SINI

p/s : nak cinta pakwe ke makwe ke harta ke apa ke yang berkaitan dengan keduniaan tak pa.. Cintalah.. Tapi, korang mestilah ingat bahawa semua ini hanyalah bersifat sementara dan akan hilang juga nanti. Jadi, cintailah mereka dengan sederhana... Janganlah berlebih-lebihan. janganlah lupa pada agama ye...

Sekian sahja entry malam ni daripda saya.. Semua ini hanyalah pendapat daripada saya.. Yang baik daripada Allah dan buruknya adalah kesilapan saya sendiri. Maaflah kalau ada yang terasa ke marah ke dengan saya... Tegurlah saya kalau ada kesalahan.. Moga Allah rahmati kamu sekalian.. :)

Wallahualam.. Assalamualaikum.

1 comment:

  1. as salam

    bagus entry ni, baginda Rasulullah s.a.w pasti mencintai umatnya yang mencintai dia..insya Allah :)

    ReplyDelete

Your words defines you