20 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarakh :-)


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera



Seperti yang kita tahu tadi, 1 Ramadhan jatuh pada 21 Julai 2012 iaitu pada hari Sabtu ini. Haa. Korang dah bersedia ke belum?

Semoga ramadhan kita pada kali ini akan lebih bermakna dan memberi keberkatan kepada kita semua daripada Ramashan sebelumnya. Dan juge semoga kite semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. 30 hari je pun. Tak lah lama sangat kan??

Nah kihah share sikit niat puasa untuk sebulan, sehari terus. Niat untuk sebulan ni Sunat baca pada malam pertama nak puasa ramadhan tu (jumaat malam sabtu) sebab kalau kita baca, insyallah boleh selamatkan hari lain yang kita tak baca niat untuk sehari. Lagi senang kan?? Yang sehari tu pun kena baca gak le yew


PENGENALAN
Ramadhan merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan islam. Dari segi bahasa, Ramadhan membawa maksud panas terik dan dari segi istilah syara’ pula ialah bulan Rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya.

Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang bermaksud bulan keberkatan. Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan antaranya diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman umat manusia, umat islam diwajibkan melakukan ibadah puasa di siang hari, ibadah solat sunat tarawikh pada waktu malam dan juga ibadah sahur.

IBADAH PUASA
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu kewajipan umat islam dan ianya adalah salah satu daripada Rukun Islam. Sekiranya meninggalkan ibadah ini maka tidak lengkaplah islam seseorang. Perintah mewajibkan ibadah puasa ini telah turun pada bulan Sya’ban Tahun kedua Hijrah.

PENGERTIAN PUASA
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya memberi erti menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

DALIL KEWAJIPAN PUASA
Ibadah puasa adalah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang cukup syarat. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

RUKUN-RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) iaitu:
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbinya fajar hingga terbenam matahari.

Keterangan mengenai niat puasa
1. Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardhu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya
2. Dilakukan pada waktu malam mulai selepas maghrib sehingga sebelum terbitnya fajar bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum tergelincir matahari, kedua, sebelum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.
3. Menurut imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa bagi 30 hari sekaligus dengan niat pada awal Ramadhan (malam pertama). Berhubung dengan pendapat imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya sekiranya dikhuatiri kita akan terlupa untuk berniat setiap hari.
4. Perlu diniatkan di dalam hati dan bukan semata-mata menyebut lafaz niat semata-mata



SYARAT WAJIB PUASA
1. Islam -Tidak wajib puasa ke atas orang kafir kerana tidak ada maknanya puasa mereka selagi tidak memeluk Islam (tidak beriman).

2. Mukallaf – Mukallaf bermaksud seorang muslim yang baligh dan berakal. Jika tidak cukup dua sifat ini maka ia tidak dikira sebagai mukallaf dan tidak tertaklif keatas mereka sebarang tanggungjawab keagamaan termasuk berpuasa.

3. Bebas daripada Uzur Syar’i – Keuzuran dalam konteks ini dibahagikan kepada dua iaitu pertama, keuzuran yang menegahnya daripada berpuasa seperti datang haid atau nifas bagi perempuan dan pengsan atau gila sepanjang hari. Kedua, keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa iaitu sakit yang memudaratkan sekiranya berpuasa, musafir, dan mereka yang tidak mampu berpuasa seperti orang tua atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

SYARAT SAH PUASA
1. Beragama Islam
2. Lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz dan beraqal
3. Suci dari haid dan nifas.
4. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
5. Niat pada waktu malam bagi puasa Ramadhan
6. Bukan pada hari yang tidak sah puasa seperti hari raya aidil Fitri, hari raya aidil adha dan hari syak (30 Sya’ban).



Sedikit info pasal Ramadhan daripada website Masjid KLCC.. Gambar semuanya ambil dari google. Good Luck korang! Semoga dapat mengawal mata, hati dan perbuatan kita sewaktu menjalankan ibadah puasa yaa :)

---------------------------------------------------------------------------
- VOTE FOR ME PLEASEhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=408207415887953&set=a.406737232701638.88772.248684711840225&type=3&permPage=1
author image

FAQIHAH HUSNI

Hi! I'm the writer and author of this webpage. Currently studying in SM Sains Kubang Pasu or know as KUPSIS in Kedah. A Kedahan girl for sure! 2017 is my senior year there and I'm fighting to 9A+ in SPM. Do pray the good result for me and others 1317 warriors. Thank you for your time :)

3 comments:

  1. Selamat menyambut ramadhan al mubarak dik!

    ReplyDelete
  2. LIke this post. Selamat berpuasa ye :)

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan Kihah :)
    Topup, header, banner, cursor, keychain, iklan untuk banner dan banyak lagi! Nak kee?? Join sini =)
    http://diarybudaktinggi.blogspot.com/2012/07/segmen-up-followers-di-bulan-ramadhan.html?m=0

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita