Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.
“Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, sudikah awak menjadi yang halal buat saya?”, antara ungkapan yang diucapkan oleh Awal kepada Scha.
Scha terpinga-pinga, seakan tidak percaya dengan lamaran yang dilakukan oleh Awal bertanya apa yang harus dia lakukan. Kemudian, suara di belakang kamera menjerit, “kahwin lah!”.
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.
Awal melamar Scha di Propaganza-romantiknya |
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.
Awal melamar Scha sempena ulangtahun percintaan mereka |
Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan itu sebagai tetamu jemputan.
Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.
Scha menerima cincin lamaran dari Awal |
habislah semua yng comel comel dh nak kawin :p hehe.
ReplyDeletesweets an ?? hehe :)
ReplyDeleteohh sweet nya ^_^
ReplyDeleteSweetnye lah :D
ReplyDelete@Nina Zaharin Haahkan. Kahwin ngan nina lah :PPP
ReplyDelete@nurul syuhada hehehehe. haah
ReplyDelete@AmirahSyafiqah ♥ :D
ReplyDelete@NadyaBubbleTerima Kasih sebab komen entri ini ya! :)
ReplyDelete