13 March 2012

Adik Nurul Nadirah (Dirang) ditemui MATI RENTUNG

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sapa yang tengok berita beberapa hari yang lalu?  Berita kehilangan adik Nurul Nadirah ini telah menarik banyak perhatian pihak Media massa.

Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Pengesahan itu dibuat selepas pihak Polis menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam. Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.




P/s: Kejam sungguh sapa yang buat ni? Kesian kat dia.  Orang yang tidak berdosalah yang jadi mangsa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya.. Alfatihah..

7 comments:

  1. lelaki dengan perempuan tu mak ayah dia ke ? hekhek

    ReplyDelete
  2. siape lha pembunuh die ni? mmg hati binatang betol!

    ReplyDelete
  3. Siape lha pembunuh die ni? mmg hati binatang.. kesian mangsa uh... dh lha comel :'(

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah. Kesian dia ;( Apa lah kejam sangat manusia zaman sekarang ni :(

    ReplyDelete

Your words defines you