18 May 2012

Semakin Membosankan. Kan?

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


https://twitter.com/#!/FaqihahHusni


Hai semua!! *waving* Gambar tu sebagai muqadimah entry kali ni. Hehehe. Bukan kembar Yuna ataupun adik beradik Yuna. Jauh sekali Yuna. Tapi, tu Faqihah Husni. Kenal tak? Kenal tak? Tak Kenal eh? Ok lah. Kat dalam rumah pun boleh tangkap gambar. Ada orang tanya. Guna camera apa? Jawapannya? Webcam aka Camera semulajadi di Laptop ni ha. Entah bagaimana aku belit shawl tu pun aku tak tahu. Nasib baik tak tercekik.

Anda semua rasa tak boring ke baca entry kat blog Kihah ni? Dah la blog tak cantik. Pastu, Lambat Load pulak. haish. Kan?........ Ohya. Kalau korang penah tengok cerita AVENGERS, Kihah rasa korang patut bagitahu team diorang yang cerita AVENGERS TU BEST ATAU TAK DI SINI. Hehehe. Tunggu 10 saat, pastu like Fanpage Diorang Okay?

Opss. Ter-lari tajuk lah pulak. korang tak perasan eh yang blog kihah dah berubah? Ya Allah. Memey dugaan banyak betul tahu tak?! Sepanjang perjalananku mengedit blog, banyak betul makhluk halus yang menggangguku. Jampi serapah apa dia pakai pun tak tahu. Haha.


Tudiaaaaaa screen captured for a whole page. Haa. Simple ja kan? Header tu inspired from blog CikKumbang yang sangat AWESOME. huyyo. Kenapa Kaler Purple?! Kenapa bukan warna Hitam atau Putih?! kenapa? Kenapa? Ha. Purple tu kaler peberet kihah kot. Kalau letak Hitam dan putih, nanti orang kata macam tahi cicak pulak ._. Kihah paling suka part Shoutbox tu. Trylah CLICK button tu! AWESOME kann? hahaaaa

Korang kenal kan Twitter? Kalau korang ada Twitter, korang wajib follow account Budak Wangi ni atau tweet dengan dia, @FaqihahHusni. Heehehe. Kalau korang nak kamera LOMO, korang CLICK SINI. Joinlah sebelum 6.6.2012. Pastu kan, Kalau korang suka join GA, Korang patut join Giveaway Kak Yana. Best wo!



Ohya, Kihah juga tersenarai dalam TOP50 DiGi WWWOW Awards for Top Online Over Achiever Under 15, Ualls! Ucap Tahniah kat Kihah boleh? Hahaha =) Alhamdulillah. Daripada 54 blog yang submitted blog diorang, hanya 50 orang je yang terpilih. Dan, itu termasuk Kihah! Yeay!

Dahlah. Malas nak taip. Jangan ter-zZzzZzz bila baca entry ni sudah la ~ Akhir kata, selamat membaca! Assalamualaikum <3

15 May 2012

Kepala YATT MELEKAT

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


. RANDOM GIVEAWAY BY YANA . SPECIAL LOMO GIVEAWAY  .  SENANG MENANG .


Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

P/S : Alhamdulillah :')

12 May 2012

Bunuh Diri dan MURTAD Akibat Putus Cinta

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة






"Nama Islamnya Syahir,  kini Edward Martin Jesus, dia hendak membunuh diri hari ini (12 Mei 2012) akibat kecewa bercinta," dicatatkan rakan sama.


Melalui pengalaman lalu, mereka ingin membunuh diri lazimnya tidak akan menghebahkan tujuan mereka kepada umum. Jika berhasrat terjun dari bangunan tinggi, mereka menaiki lif, memanjat tembok dan kemudan terjun tanpa berfikir panjang. 

Otak mereka bertaburan dan tubuh mereka patah riuk. 

Manakala kelompok ingin dipujuk, takut dan sayangkan nyawa, selalunya akan berdiri di tempat tinggi dan menunggu orang ramai berkumpul di bawah. Gambarnya akan dirakamkan menggunakan kamera digital, telefon bimbit atau kamera video. Selepas dihubungi, Polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat kemudian tiba di lokasi, memanjat bangunan,  menjalankan usaha memujuk dan menyelamat.

Martin mengambil tindakan berbeza, dia mengumumkan niat untuk membunuh diri dan akan memulangkan semua barangan pemberian teman wanitanya, didakwa bernama Atiqah Aziz dan tinggal di Ampang, Selangor. Melalui alamat tercatat di laman Facebook, Edward mendakwa menetap dan menuntut di Shah Alam, Selangor. 



Fakta, pemegang akaun ini tidak memiliki gambar profil sekaligus identitinya tidak dikenali. Motif dia ingin menamatkan riwayatnya, akibat kecewa dalam percintaan.

Dia minta untuk dipujuk dan diselamatkan.




Jadi mengikut kelaziman, InsyaAllah, dia tidak akan membunuh diri kerana takutkan mati.

Klik DI SINI untuk meninjau laman Facebook Edward. 

Sumber : Mazidul Akmal Sidek
P/S : Macam macam dunia sekarang ni..
JANGAN LUPA UNDI KIHAH UNTUK DIGI WWOWW AWARD! TEKAN SINI

Segmen:Geng Blogger




Hari ni nak join Segmen dari akak Aisyah Humaira'.. Segmen ni tamat malam ni before 12.00 malam. Kihah cadang nak join lama dah. Tapi, tak kesampaian :p Hehehek.

Kihah kategori Geng Blogger A sebab kihah kan muda lagi :P Hahaha. Kalau korang nak join, sila ke ENTRI INI untuk keteranagn lebih lanjut. Bai! :)

11 May 2012

"Saya Tak Bersubahat" - Perakam Ibu Belasah Bayi


Salam 1 Malaysia... Berdasarkan kes Bayi Ditendang, Dipukul oleh Ibunya sendiri, perakam video tersebut telah ditemubual oleh HMetro baru-beru ini.. Mari kite dengar penjelasannya..




P/S : Jangan mebuat tuduhan tanpa sebarang pemeriksaan terperinci
Jangan lupa VOTE kihah untuk DiGi WWWOW AWARDS!

9 May 2012

Tutorial : Buang/Remove Facebook Timeline

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


GIVEAWAY TERBAIK BULAN MEI!
-RANDOM GIVEAWAY BY YANA-
-Special Giveaway by Aziera Adnan (Lomo)-
-Lomo Wave By Miraa Hussin & Amer C!-
-Mega Simple Giveaway by Nabila dan Sha!-


Mesti ramai yang sangat nak tukar kepada old facebook design kan? Timeline terbaru ni nampak rimas sangat kan?? -.- betul tak?  First time guna timeline macam budak baru belajar guna komputer. Tak tahu segala-galanya dan nampak serabut!

Tapi bila dah lama tu okay sikit la. Bila dah tahu macam mana nak remove timeline memang seronok tak terkira! Terus try. hoho. Korang nak try jugak tak? Jom Jom!! Korang hanya KLIK GAMBAR DI BAWAH MENIKUT BROWSER YANG KORANG SELALU GUNA.


DOWNLOAD
PILIH BROWSER KORANG
(VERSION 0.3)


     


Lepas dah siap download, korang tutup browser dan buka balik. Okay tak? Kalau okay jangan lupa diri pulak. Share lah dekat kawan korang! Oh! Jangan lupa bagitahu Kihah jadi atau tak korang buat dekat ruangan komen! Assalamualaikum :D

Video Bayi Ditendang, Dipukul

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Tidak diketahui apakah dosa bayi tersebut hingga diperlakukan sedemikian rupa. Takda perasaan kasih sayang ka kat orang yang buat tu. Jangan sampai bayi tu dah besar nanti buat balik kat orang yang buat dia tu. Adakah yang pukul tu mak dia atau pengasuh? Harap dapat dikenakan tindakan sewajarnya terhadap perempuan tu.


Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.





Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.



Link video di FB ->
https://www.facebook.com/video/video.php?v=3375399497758


"Bayi tersebut dijaga oleh orang lain. Tetapi, bayi tersebut masih dalam keadaan trauma. Bila orang pegang dia nangis. Perempuan yang record video ni pernah cuba untuk menghalang wanita tersebut. Tetapi, kena belasah juga. So, dia  terpaksa record senyap senyap untuk tunjuk bukti kepada polis" - sumber from facebook

Astaghfirullahalazim... Apa nak jadi dengan orang zaman sekarang ni?? Hmm.

TOLONG UNDI KIHAH DISINI!!  Projek TERBARU YUNA!!!