Cara Menyemak Permohonan Kemasukan ke SBP 2017

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..


Untuk makluman kepada pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2017 bagi tingkatan satu, kini pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan secara atas talian mulai 14 Disember 2016 sehingga 5 Januari 2017.


Oleh itu, ibu bapa kepada pelajar yang memohon kemasukan tingkatan 1 ke SBP 2017 perlu peka terhadap pengumuman tarikh semakan yang telah dikeluarkan oleh KPM. Semoga anak anda berjaya menempatkan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh tahun 2017






Cara Semakan Keputusan Kemasukan Tingkatan Satu Ke SBP 2017
Berikut dikongsikan tarikh dan cara membuat semakan permohonan kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh, SBP bagi sesi 2017 : -

● Tarikh semakan : 14 Disember 2016 hingga 5 Februari 2017

● Klik di sini ๐Ÿ‘‰ Link Semakan
1. Masukkan ke laman web KLIK SINI
2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda.

3. Klik 'Semak'.


Bagi pemohon yang gagal dapat penempatan di SBP untuk tahun 2017, anda boleh kemukakan rayuan secara online dalam sistem portal laman web di http://www.moe.gov.my.


Semoga anda berjaya mendapat penempatan di Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2017 bagi tingkatan satu tahun depan. Diharapkan informasi ini memberi panduan dan pengetahuan kepada pemohon SBP 2017 serta boleh hebahkan kepada pemohon di luar sana.




For those yang dapat, Qihah nak ucapkan welcome to SBP life! Enjoy yourself, sesuaikan diri dengan environment baru okay! Maybe, you'll have homesick feelings. But believe me, just go on with it. It just for a while. qihah pun pernah homesick. kekadang sampai form 4 ni pun ada jugak It's just normal to have that feeling :)

Tapi, janganla sampai mintak tukar. Sayang tau! You're choosen, selected peoples among thousands yang mintak! Jangan la sia-siakan okay. Jaga diri, jaga perangai. huhu. Kat my school bullies ni takdak sangat. Like, bersyukur gila do sebab takdak. Ada tu ada, cuma sikit sangat kes! setahun tu ada la dalam 2, 3 camtu. tu pun lelaki je. 

Okay. taknak membebel panjang, takat tu je. Yang tak dapat tu takpe, boleh try buat permohnan :) Belajar ni, kat mana pun lebih kurang je. Yang paling penting, diri sendiri. Rajin, malas tu sangat penting :) Kalau malas, dekat memana pun tak berjaya huehue

bye

Comments

Post a Comment

Budi Bahasa Budaya Kita

Popular posts from this blog

Tutorial : How To Use Blogskin? Cara nak Guna Blogskin

Senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016