23 March 2013

Hari Guru

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



Well, semua orang tahu bahawa setiap 16 Mei, ada satu sambutan diadakan untuk menghargai jasa-jasa para guru yang telah mencurahkan segala ilmunya kepada kita.

Bila setiap kali hari guru, time tu la guru-guru nak tunjuk bakat mereka. Tak kesah la dalam tarian ke, nyanyian ke, main apa-apa kee mesti adaa..

Dengan salah seorang guru yang qihah sayang, cikgu betty! Ni darjah 4 ni. Tudung serabut sebab dan nak balik dah time ni. hehe
Mesti ada antara korang yang pernah kena marah ngan cikgu kann?? Mesti kekadang korang bila kene marah sikit, merajuk, terus benci kat cikgu tu.. Korang tak kesian ke kat cikgu? Cikgu bersusah payah mencurah ilmu kat kite, korbankan masa, kadang-kadang nak makan pun tak sempat, tidur sehari kadang-kadang 3-4 jam je, pastu letak semua masalah keluarga, diri, kewangan kat tepi dulu demi nak ajar kita.. Pastu kita pulak buat hal.. tak kesian ke? Kadg2 cikgu buat macam ni sebab nak ajar kite jadi manusia berguna..

Qihah tau la jugak serba sikit pasal guru ni sebab mak, abah qihah seorang guru.. Mak qihah guru darjah satu.. Banyak kerja nak dibuat.. Qihah kesian tengok mak qihah.. Dengan sekarang sistem pelajaran baru pulak, kira band semua tu.. Buat itu ini sampai kesihatan pun terjejas..


So korang, hargailah jasa guru anda. Hormatilah mereka. Jangan menyusahkan mereka. Hanya satu yang mereka inginkan.. iaitu..


Melihat Anak Murid Mereka Berjaya


1 comment:

  1. pakaian kite same lah :) pengawas sekolah kan ? tapi tak same warna. hihi

    ReplyDelete

Your words defines you