Okay. Today Kihah nak join Abg Ben punya Contest. Kihah rasa Peserta last kot. HEHE. Sebab tarikh tutup 28 JULAI 2011.
SOALANNYA
Bila kita ingat, kita tak bawa
Bila Kita tak ingatm kita bawa.
Kihah buat entry ni berasaskan satu Hadis. Ape? Korang ingat satu hadi membawa 1 maksud je ka? HELLO. tak lah.
"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)
Yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perkataan 'terlanjang' itu ialah seorang wanita yang berpakaian ketat dan nipis hingga menampakkan susuk tubuh dan warna kulit..keadaan itu samalah seperti tidak berpakaian..zahirnya mereka berpakaian tetapi sebenarnya terlanjang. Tu lah yang Kihah zuba memperkatakan :)
Hukum memakai yang ketat, jarang serta pendek mendedah kulit adalah haram dan berdosa besar kerana sengaja ingin menzahirkan bentuk badan serta mendedah aurat yang sememangnya wajib ditutup. Dalil syariat telah menetapkan kewajiban ke atas wanita untuk menutupi kulitnya sehingga tidak diketahui warnanya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Aisyah radiallahu anha. Telah dinyatakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah memasuki kawasan Nabi SAW dengan berpakaian nipis (jarang).
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam segera memalingkan mukanya dan bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya apabila seorang perempuan itu telah baligh (datang haid), tidak sepatutnya dia menampakkan anggota tubuh badannya kecuali ini dan ini (sambil Rasulullah mengisyaratkan muka dan kedua telapak tangan”
Wassalam.
nice one kihah :) ,semoga kita selalu saling mengingati .
ReplyDelete