24 June 2011

Kalau nak Bidadari, Tunggu di Syurga Nanti =D


Ummi   : Mat... kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad : Betul ke Ummi? Mat ok je kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai.... (senyum malu)
Ummi   : Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya.
Ahmad : Nampak ok orangnya Ummi, tapi..... dia ni gempal sikitlah Ummi.
Ummi   : Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu.
Ahmad : Masya Allah Ummi.... tapi B ni rendah lah Ummi....
Ummi   : Nah ! Cuba tengok gambar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat.
Ahmad : Subhanallah..... cantik dan manis betul dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..
Ummi   : Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim.
Ahmad : Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi.... yang lemah lembut sikit wataknya.
Ummi   : Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni.
Ahmad : Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah.
Ummi   : Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia.
Ahmad : Allah Allah hebat dia ni... tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju.
Ummi   : Ni pulak G, doktor muda balik Mesir dan ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari.
Ahmad : Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur'an lah Ummi.
Ummi   : Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak.
Ahmad : Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak...
Ummi   : Abang, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah   : Calon yang macam mana dia nak?
Ummi   : Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Al-Qur'an.
Abah   : Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu... minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu.... Peace! ^_^

Info from
author image

FAQIHAH HUSNI

Hi! I'm the writer and author of this webpage. Currently studying in SM Sains Kubang Pasu or know as KUPSIS in Kedah. A Kedahan girl for sure! 2017 is my senior year there and I'm fighting to 9A+ in SPM. Do pray the good result for me and others 1317 warriors. Thank you for your time :)

2 comments:

  1. hahah teerbaik lah abah si mat tu! ;)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Budi Bahasa Budaya Kita