Showing posts with label DiGi WWWOW Award 2012. Show all posts
Showing posts with label DiGi WWWOW Award 2012. Show all posts

18 May 2012

Semakin Membosankan. Kan?

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


https://twitter.com/#!/FaqihahHusni


Hai semua!! *waving* Gambar tu sebagai muqadimah entry kali ni. Hehehe. Bukan kembar Yuna ataupun adik beradik Yuna. Jauh sekali Yuna. Tapi, tu Faqihah Husni. Kenal tak? Kenal tak? Tak Kenal eh? Ok lah. Kat dalam rumah pun boleh tangkap gambar. Ada orang tanya. Guna camera apa? Jawapannya? Webcam aka Camera semulajadi di Laptop ni ha. Entah bagaimana aku belit shawl tu pun aku tak tahu. Nasib baik tak tercekik.

Anda semua rasa tak boring ke baca entry kat blog Kihah ni? Dah la blog tak cantik. Pastu, Lambat Load pulak. haish. Kan?........ Ohya. Kalau korang penah tengok cerita AVENGERS, Kihah rasa korang patut bagitahu team diorang yang cerita AVENGERS TU BEST ATAU TAK DI SINI. Hehehe. Tunggu 10 saat, pastu like Fanpage Diorang Okay?

Opss. Ter-lari tajuk lah pulak. korang tak perasan eh yang blog kihah dah berubah? Ya Allah. Memey dugaan banyak betul tahu tak?! Sepanjang perjalananku mengedit blog, banyak betul makhluk halus yang menggangguku. Jampi serapah apa dia pakai pun tak tahu. Haha.


Tudiaaaaaa screen captured for a whole page. Haa. Simple ja kan? Header tu inspired from blog CikKumbang yang sangat AWESOME. huyyo. Kenapa Kaler Purple?! Kenapa bukan warna Hitam atau Putih?! kenapa? Kenapa? Ha. Purple tu kaler peberet kihah kot. Kalau letak Hitam dan putih, nanti orang kata macam tahi cicak pulak ._. Kihah paling suka part Shoutbox tu. Trylah CLICK button tu! AWESOME kann? hahaaaa

Korang kenal kan Twitter? Kalau korang ada Twitter, korang wajib follow account Budak Wangi ni atau tweet dengan dia, @FaqihahHusni. Heehehe. Kalau korang nak kamera LOMO, korang CLICK SINI. Joinlah sebelum 6.6.2012. Pastu kan, Kalau korang suka join GA, Korang patut join Giveaway Kak Yana. Best wo!



Ohya, Kihah juga tersenarai dalam TOP50 DiGi WWWOW Awards for Top Online Over Achiever Under 15, Ualls! Ucap Tahniah kat Kihah boleh? Hahaha =) Alhamdulillah. Daripada 54 blog yang submitted blog diorang, hanya 50 orang je yang terpilih. Dan, itu termasuk Kihah! Yeay!

Dahlah. Malas nak taip. Jangan ter-zZzzZzz bila baca entry ni sudah la ~ Akhir kata, selamat membaca! Assalamualaikum <3

4 May 2012

BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
- Lomo Percuma -




Hye semua! Pagi-pagi nii nak join SEGMEN terbaharu BEN ASHAARI. Woot Woot! Kihah dah already VOTE Ben Digi Wwwooww Award tu ;) Segmen ni tamat SATU MINIT SEBELUM 12 TENGAH MALAM, 5 APRIL 2012 . So, jomlah join!


Okay. Yang bawah tu sumpah sengaja Kihah letak. Apa salahnya kalau perasan sekali sekala. Kan kan?? Hahahaha

Kihah join bloglist ni sebab kat Malaysia sahaja pun, ada BERIBU-RIBU bloggers kat luar sana yang Kihah tak kenal diorang. So, dalam segmen ni lah Kihah nak berkenalan dengan diorang.

Kalau korang minat nak letak blog Kihah kat senarai bloglist anda, tolong komen "SAYA BERMINAT UNTUK MENUKAR LINK BERSAMA ANDA. ANDA BERMINAT?" Selepas ayat tu, LETAK LINK ENTRY korang sekali kat ruangan komen bawah ni ok! Supaya Kihah senang nak TERJAH BLOG korang!


Wajib Baca!


Thats all je kot. JOM UNDI FAQIHAHHUSNI UNTUK DIGI WWWOWW AWARDS!! Follow me on twitter, @FaqihahHusni Bye dan Assalamualaikum =)

1 May 2012

Freebies ; Classic Template TwitBlog

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


#Dah lama tak update.. Rindu pulak kat k0r4ng. hahahaha.

Okay. Kihah kembali with new clasic template aka blogskin. Template kali ni macam Twitter sikit. Well, I love twitting much! So, i decided to make satu template yang khas untuk peminat twitter. Har har. Kihah tau mesti ramai bloggers yang ada accont twitter right? :D

Preview | Codes
 Macam mana nak guna?



Byebye. Malas nak taip. Sapa ada account tu, please COMMENT dan RATE :) Nak terus tweeting. Follow me On twitter? Ohya. DAH VOTE KIHAH UNTUK TODAY? Assalamualaikum

28 April 2012

Tutorial : Float Slide Shoutbox Like Me

Assalamualaikum dan Hello!
-Lomo Aquapix Giveaway by Miraa Husin-
-London 2012 Games-
-Volkswagen fan?-




Hari ni nak buat tutorial. Codes by Kihah. Penat godek tutorial sapa tah. Pastu, hampir 87 peratus kod Kihah. Terlupa basecodes sapa. n.n So, lets s

1. Paste kod ni kat ruangan Add a Gadget>  HTML/JavaScript
<script src='https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.1/jquery.min.js' type='text/javascript'/>

<script type="text/javascript">
//<!--
$(document).ready(function() {$(".w2bslikebox").hover(function() {$(this).stop().animate({right: "0"}, "medium");}, function() {$(this).stop().animate({right: "-250"}, "medium");}, 500);});
//-->
</script>
<style type="text/css">
.w2bslikebox{background: url("URL ICON") no-repeat scroll left center transparent !important;display: block;float: right;height: 270px;padding: 0 5px 0 46px;width: 245px;z-index: 99999;position:fixed;right:-250px;top:20%;}
.w2bslikebox div{border:none;position:relative;display:block;}
.w2bslikebox span{bottom: 12px;font: 8px "lucida grande",tahoma,verdana,arial,sans-serif;position: absolute;right: 6px;text-align: right;z-index: 99999;}
.w2bslikebox span a{color: #808080;text-decoration:none;}
.w2bslikebox span a:hover{text-decoration:underline;}
</style><div class="w2bslikebox" style=""><div>

<div id="cbox" style="background:url(URL BACKGROUND)
no-repeat left top; width:284px;height:205px;padding: 30px 0px 0px;text-align: center;line-height: 0 ">
<center>KOD SHOUTOX</iframe></div>
</div>
<!-- END CBOX --></center> </div></div></div>
KUNING Tukar kepada URL icon anda untuk orang click
OREN URL Background
MERAH Kod Cbox/shoutbox korang. Pastikan HEIGHT 90 WIDTH 250

3. Save.

Thats all. malas nak taip. Tak mood kononya :p Hahaha. Ohya, >VOTE ME FOR DIGI WWOWW AWARDS!< tolong undi :) Hehehe. I'm more active on Twitter @FaqihahHusni. Bye :*

27 April 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
-Lomo Aquapix Giveaway by Miraa Husin-
-London 2012 Games-
-Volkswagen fan?-




Join segmen kedua abang ben hari ni.. Nak tau yang pertama? Segmen : BEN ASHAARI DAN BLOG AKU ! Hehehe. Already vote. If u dont mind, Vote for me? Hahaha. Thanks. So, blog Kihah BEST atau TAK BEST? Drop ur comment below. xoxo.

Segmen : BEN ASHAARI DAN BLOG AKU !

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Check blogger update tadi. Terjumpa entry terbaharu abang ben. Cepat-cepat join. Hehehe. KLIK SINI kalau nak join Klik gambar kat atas ni pun boleh. Before 3pm, 27.4.12 (today).

Simple, Tutorial, Freebies, Islamic and Personal :)

Tu adalah perkataan untuk describe blog kihah :) Ohya. Done vote AbangBen. Mohon korang Vote kihah untuk hari ni pula. Kalau korang rasa ciri2 di atas ada pada blog kihah, Vote Kihah untuk Kategori Top Online Over - Archieve Under 15 di SINI. THANKS!

Thats all. bye and assalamualaikum


26 April 2012

Yang bertudung Bukan Pilihan, Yang Menutup Aurat Jadi Idaman

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."

Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.


Hayati kembali perintah Allah ini;

ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن

جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]

Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.

" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"

Ya.. memang cerewet ! hehee..

Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,

" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]

Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?

Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.


" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."

Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ

 لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]

Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

- Artikel iluvislam.com



Follow me on Twitter. @FaqihahHusni. Hai korang. korang dah vote Kihah untuk hari ni? Jom Undi ! > KLIK SINI < Undian/Voting korang sangat dihargai. Spread <3. Assalamualaikum

24 April 2012

Adakah orang nak...

Assalamualaikum dan Hai!

Terlebh dahulu Kihah nak minta maaf sangat sebab jarang update blog lately ni. Hmm. Blog pun dah berubah beberapa hari yang lalu tapi tak update pulak. hahahaha. sekarang ni baru tahu nak update.

Sengaja nak tempek kat sini.
Before sambung ayat entry tu, kihah nak introduce sikitlah about new blog design ni. Hmm. Blog ni 100% Kihah buat sendiri. I mean, reedit template Minima. Semua benda yang ada kat blog kihah ni Kihah buat sendiri tanpa pertolongan mana-mana pihak.

Hanya Allah sahaja yang membantu. Termasuk mention sebelah tu, Kihah ubah kod sendiri. Susah woo. Sekali buat memanglah tak jadi. pastu try-try-try dan try, alhamdulillah dah jadi :)

Okay. Let us continue the ayat kat atas tu.. Sebenar-benarnya, Kihah nak join DiGi WWWOW. So, Kihah terifikir-fikir jugalah. Adakah orang nak undi blog Kihah yang buruk ni? Hmm

HOW TO VOTE??

1. Tekan Banner ni.

2. Dah? Tekan Button Vote.


3. Login guna account yang korang ada.


4. Lepas tu, bila korang pilih korang log in ok?

TWITTER

Tekan je Log In with Facebook
ATAU..
FACEBOOK.
5. Lepas tu, Tekan semula butang ni.



6. Tekan OK.




7. Scroll atas sikit, Tulis macam ni dan tekan SHARE!


8. Siap!

Okay, nombor 7 tu sebenarnya tak wajib pun. Saje je nak letak. Tapi, Kalau rajin, minta SHARE lah :) Doakan kihah Menang ok! Anda boleh vote dari 24-4.2012 - 13-5.2012 SETIAP HARI! Mudah kan?

Thats all. Harap adalah orang nak tolong :3 Bye dan Assalamualaikum!