Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..
Asyik main lawak la apa la itu la, cer kita tengok teka teki islamik sikit ^^
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan 6 soalan kepada mereka:
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua”
Murid 2 = ” Guru”
Murid 3 = ” Teman”
Murid 4 = ” Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari”
Murid 4 = ” Bintang-bintang”
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 = ” Gunung”
Murid 2 = ” Matahari”
Murid 3 = ” Bumi”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat di dunia ini?”
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah”
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang”
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri”
Daripada teka-teki Imam Al-Ghazali ini, elok jika kita merenungi sedalam-dalamnya persoalan-persoalan berikut:
Sejauh manakah kita mengingati detik kematian serta mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat-saat tersebut yang pasti datang pada bila-bila masa.
Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari pengalaman lalu agar kita dapat menempuhi hidup mendatang di atas garisan Syariah yang telah di tetapkan oleh Allah swt.
Sejauh manakah kita dapat mengawal dan menguasai hawa nafsu agar kita dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah swt.
Sejauh manakah kita telah berjaya memikul tugas dan menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Sejauh manakah kita menjaga serta memperbaiki mutu dan kualiti ibadah kita, khususnya solat yang merupakan tiang seri bagi agama Islam.
Sejauh manakah kita mengawal lidah kita dari menuturkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan mereka yang berada di sekeliling kita?
Sabda Rasullullah (SAW): “Berkatalah kamu pada perkara yg membawa kebaikkan, jika tidak….diam adalah lebih baik”
Wallahua'lam. Assalamualaikum
ini adala entri copy paste ye:)