31 December 2012

Sedih weyh Sediyh

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Sebenaqnya tak dak idea nak tulih apa. So, entry kali ni tak nak ceghita pasai tutorial ka freebies ka apa ka. Kali ni mungkin ceghita random. tentang personal (saya tau ramai tak minat ni :p), kait sikit dengan dunia. jangan marah noh

Semua pakat dok hingaq pasai nak masuk 2013. Ada yang nak sambut meriah-meriah. Mohon kepada sesiapa nak sambut tu jangan over sangah noh. Ingat la sama kat Allah nuh.. Kat orang2 di Terengganu( banjir), Kelantan(banjir), Titiwangsa(tanah runtuh).. Ok? :)

Weh. camna nak buat ayat nih? tak reti laaa.. sat nakk pikiaq sat 


As korang tau (atau ada yang tak tahu), qihah ni akan masuk sekolah menengah. Maklumla. Bakal form one. Dapat masuk KUPSIS (stand for SM Sains Kubang Pasu) di Jitra, Kedah. Alhamdulillah.. sama dengan abang .


Bila masuk sana, kena berdikari.. Minta-minta tak kena buli. Tengok cerita kat tv depa dok syok buli.. takut kena kat diri sendiri kangg. Takut weyhhh


Pastu, bila dah masuk asrama balik rumah pulak sebulan sekali, blog memang akan ditinggalkan la oii. Ibarat digantung tak bertali. Bila balik pulak mungkin update entry pun satu dua. tu pun kalau rajin :p kalau malas, memang blog ni akan ditinggal, diabaikan, begitu sahaja tanpa update berbulan bulan. Kejam kan?

Takpa. bekorban sikit bak kata kak nurhafizahpiza kat cheq tadi.. kiki

okay. dah tak tau nak tulis apa. bai. assalamualaikum.

Apa azam tahun baru anda?

30 December 2012

Tutorial : Rounded Comment Avatar

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Since ramai yang dah request, so hear we goooo. Next tutorial lepas ni insyaallah comment box yang macam qihah punya.


1. Log masuk www.blogger.com > Dashboard dan Pilih Template
1. Sign in www.blogger.com > Dashboard and choose Template
2. Tekan Edit HTML kemudian tekan Proceed
2. Click Edit HTML and then click Proceed
3. Cari codes ini (tekan CTRL+F serentak atau tekan F3 di keyboard anda)
3. Find this codes (hold on CTRL+F or click F3 on your keyboard.)
]]></b:skin>
4. Copy kod ini dan Paste di atas ]]><b:skin>
4. Copy this codes and paste above ]]></b:skin>
.avatar-image-container,
.avatar-image-container img {
margin-top:-3px;
max-width: 50px !important;
width: 50px !important;
max-height: 50px !important;
height: 50px !important;
padding: 0 !important;
border: 0px;
-webkit-border-radius: 999px;
-moz-border-radius: 999px;
border-radius: 999x; }
.avatar-image-container{
border:3px solid #fff !important;
-webkit-box-shadow: 0 1px 2px #BBB;
-moz-box-shadow: 0 1px 2px #BBB;
box-shadow: 0 1px 2px #BBB; }
.comment-body-author {
background:#FF7700;
color:#000000;
alpha (opacity=50); -moz-opacity: 0.50; opacity: 0.50;
margin: 0;
font-size: 11px;
margin-top: 10px; /*position*/
padding: 5px;
border-radius: 10px 10px 10px 10px;
-moz-border-radius: 10px 10px 10px 10px;
-webkit-border-radius: 10px 10px 10px 10px;
}
5. Preview dan Save Template (kalau tak ada apa-apa masalah/error)
5. Preview and Save Template (if doesn't have errors)


Qihah dah tak ingat mana jumpa codes ni sebab dah lama dah.. Rasanya daripada seorang blogger perempuan Cina.. jumpa blog dia time blogwalking sebulan lalu kot. serious tak ingat link dia :(  So, ni kod qihah copy yang ada di template qihah. :)
Assalamualaikum :)

28 December 2012

Teka teki Imam Ghazali

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Asyik main lawak la apa la itu la, cer kita tengok teka teki islamik sikit ^^


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan 6 soalan kepada mereka:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua”
Murid 2 = ” Guru”
Murid 3 = ” Teman”
Murid 4 = ” Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari”
Murid 4 = ” Bintang-bintang”
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 = ” Gunung”
Murid 2 = ” Matahari”
Murid 3 = ” Bumi”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat di dunia ini?”
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah”
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang”
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri”

Daripada teka-teki Imam Al-Ghazali ini, elok jika kita merenungi sedalam-dalamnya persoalan-persoalan berikut:

Sejauh manakah kita mengingati detik kematian serta mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat-saat tersebut yang pasti datang pada bila-bila masa.

Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari pengalaman lalu agar kita dapat menempuhi hidup mendatang di atas garisan Syariah yang telah di tetapkan oleh Allah swt.

Sejauh manakah kita dapat mengawal dan menguasai hawa nafsu agar kita dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah swt.

Sejauh manakah kita telah berjaya memikul tugas dan menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Sejauh manakah kita menjaga serta memperbaiki mutu dan kualiti ibadah kita, khususnya solat yang merupakan tiang seri bagi agama Islam.

Sejauh manakah kita mengawal lidah kita dari menuturkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan mereka yang berada di sekeliling kita?

Sabda Rasullullah (SAW): “Berkatalah kamu pada perkara yg membawa kebaikkan, jika tidak….diam adalah lebih baik”

Wallahua'lam. Assalamualaikum
ini adala entri copy paste ye:)

Segment : King Follow Back by Amer Corner

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Yang latest qihah join daripada Amer ialah Dress and Domain Giveaway . Sekarang nak join segmen terbaru Amer iaitu Segmen King Follow Back.

Syarat yang pertama sudah dilaksanakan dengan jayanya (ececehhh)


Follower sekarang : #9239
(28 December 2012, 1:13PM)


Hadiah dia pun best-best gak ok!
King follow back.
Tempat Pertama : Domain for one year dan Icewatch sili forever
Tempat kedua : Domain for one year
Tempat ketiga : Ice watch sili forever
Tempat keempat : Ice watch sili forever
Tempat kelima : Ice watch sili forever.
Tempat keenam : Ice watch sili forever.

fuyyo fuyyo. sapakah yang bakal memilikinya? Jengjengjeng! Jom ramai-ramai join SEGMEN KING FOLLOW BACK NI!

p/s: peluang untukku menang segmen ni amatla tipis T___T

26 December 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..


p/s: nanti kalau ada masa insyaallah akan diulas lebih lanjut atas ni. tapi ada yang tak. hehe :-)

Tutorial and Freebies Photoshop : Circle Opacity Effect

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

that's my own quotes. jangan guna buat harta sendiri ye :p haha

So yeah, let's begin! (rasanya ramai dah tahu hhaha)

1. Open your photoshop
1. Buka photoshop anda. tak kisah cs berapa pun and please dont ask me twice
2. Click File Tab Menu and choose Open. Select your image.
2. Tekan Menu tab File di atas tu dann pilih Open. Pilih gambar yang anda nak


3. Click the Marquee Tool and select Elliptical Marquee Tool (M)
3. Tekan 'Marquee Tool' dan pilih Elliptical Marquee Tool (M)
4. Drag your cursor on your image untill you have done with your circle. haha.
5. 'Drag' (tekan kiri di cursor anda di atas gambar tadi dan jangan lepas) sehingga anda dah siap dengan bulatannya


5. Then, Click on the Layer tab above. Hover your cursor at the New Fill Layer and choose What you want (for this tutorial I'm using Solid Color)
5. Selepas itu, Tekan Tab Menu Layer kat atas tu. Halakan cursor anda di New Fill Layer dan pilih anda nak guna yang mana satu (untuk tutorial ni saya guna Solid Color)


6. Change the Opacity at 'Layers'
6. Ubah Opacity di 'Layers' Color tu.
7. You have done!
7. Dah siap!


Boo yeah. Tutorial ni dwibahasa english dan malay so please pardon my english. huhuhu. So, nah amek freebies ni. nak tambah tulisan apa-apa atas tu ikut suka anda lah ye.

width: 800px
format: png


Komen Komen Komen! ^_^
Assalamualaikum.

25 December 2012

Yay! New Design ^_^

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Aik. Blog sapa ni? haaaa. Ni adalah blog Faqihah Husni. Jangan tekan pulak close tab. Kot-kot la ingat blog orang lain pulak kan ;p

Yang kiri ni sebelum (coklat/kelabu). Yang Kanan ni selepas (Pink)
gambar kabur sikit. hehe. sorry.. 

Daripada dulu temanya ala-ala vintage, sekarang bertukar menjadi comel-comel gitu. hahaha. Nampak ketidak-matangannya si faqihah ni...

Bukannya apa, jeles tengok blog orang lain comel-comel.. Teringin pulak nak mencomelkan blog sendiri seperti tuan blognya yang comel ni. booo. haha. Ni tak de inspiration daripada mana-mana blog. kononnya :p Sebenarnya inspiration ni dapat setelah berblogwalking blog ke blog. terjumpa pelbagai jenis blog dan bila dicampur tolak bahagi jadilah macam ni..

So, tak payah nak tuduh kata blog ni tiru mana-mana blog ok. Design, template dan susun atur semuanya diri saya sendiri yang buat. Ambil masa dalam 3 jam juga kot. Sebab qihah buat template ni guna teknik try and error. So, kena buat sikit eksperimen (eksperimen sains pun kalah ok).

Header tu pun sama gak. Guna teknik try and error. Buat header tu asyik tukar je. 3, 4 kali juga la tukar sebab nak bagi sama border dia dengan main blog dan sidebar ni.

Doodle perempuan kat header tu amek from blog mana ntah.. Seingat qihah, blog dia ni buat banyak freebies doodle dan dia dah berkahwin kot owner dia. Tak ingat sangat sebab doodle ni qihah save kat dalam folder tu lama dah. ~.~

Dan ya. Masih menggunakan Template Designer ya. Bukan blogskin. Basic codes denim tapi banyak yang qihah ubah --' hahaha..

KENAPA SAYA ASYIK TUKAR TEMPLATE?
Sebab, saya nak orang saya kenal saya dengan personaliti yang tersendiri . Yang design blog sebelum ni kebanyakkannya orang selalu tiru -_- Qihah kurang suka sangat orang suka tiru nih. Nanti bila orang lain blogwalking, design blog semuanya sepesen je. sama je. Rasa bosan. So, qihah tukar la design :3

Ok. Last sekali, nak tanya pendapat readers pulak. Macam mana? Ok?? Blog lambat loading ke biasa-biasa saja? Mestila kena tanya soalan ni sebab kadang-kadang kat laptop kita view ok je, kat laptop/komputer orang lain view dia lain.

Assalamualaikum

Hukum Mengucapkan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://ohmedia.me/ohmedia-majlis-fatwa (portal rasmi fatwa Malaysia)


HADIS PALSU YANG TERSEBAR :

"Barang siapa yang meniru, mengucapkan selamat kepada agama lain, bererti ia telah kafir & Neraka Janahamlah tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)

Saya telah bertanya kepada Ustaz Razali Tahir tentang hadis ini dan menurut beliau, hadis ini tiada dalam kitab Bukhari & Muslim. Saudara Mohd Nawawi Abdul Razak juga mengatakan ianya palsu dan tiada di dalam dua kitab hadis tersebut.

sumber: http://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/10151648945959572

Assalamualaikum.

SHARE.

Tutorial : Advertisement Sliding box

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..



1. Dashboard > Add a Gadget > scroll bawah sikit amek HTML/JavaScript
2. Paste codes ini di ruangan HTML/JavaScript

<style>
#fqhadsbox {
background:#CABDBD;
z-index: 9999;
position: fixed;
bottom: -290px;
right: 20px;
-webkit-transition:All 1s ease;
-moz-transition:All 1s ease;
-o-transition:All 1s ease;
padding-bottom: 10px;
padding-right: 2px;
padding-left: 2px;
}
#fqhadsbox:hover {
bottom: 0px;
}
#fqhadsboxtitle {
background:#CABDBD;
color:#fff;
text-align: center;
font-family: 'lucida sans unicode';
font-size: 9px;
letter-spacing: 1px;
padding-bottom: 25px;
width:100px;
height:10px;
}
.imagee{
-webkit-transform: rotate(0deg) scale(1);
-moz-transform: rotate(0deg) scale(1);
-o-transform: rotate(0deg) scale(1);
-webkit-transition:All 1s ease;
-moz-transition:All 1s ease;
-o-transition:All 1s ease;
margin-top:4px;
width:60px;
height:60px;
}
.imagee:hover{
-webkit-transform: rotate(360deg) scale(0);
-moz-transform: rotate(360deg) scale(0);
-o-transform: rotate(360deg) scale(0)
}

</style>

<div id="fqhadsbox">
<div id="fqhadsboxtitle">HELP ME :3</div>
<center><a href="URL/LINK" target="blank"><img src="URL ATAU LINK GAMBAR" width="55" height="55" class="imagee" /></a> <br /><a href="URL/LINK" target="blank"><img src="URL/LINK GAMBAR" width="55" height="55" class="imagee" /></a> <br /> <a href="URL/LINK" target="blank" ><img src="URL/LINK GAMBAR" width="55" height="55" class="imagee" /></a> <br /> <a href="URL/LINK" target="blank"><img src="URL/LINK GAMBAR" width="55" height="55" class="imagee" /></a></center>
</div>
nota
Warna : tukar kepada codes background yang anda suka. codes background boleh didapati [[DI SINI]] **Kalau nak tukar kepada gambar, tukarkan background::#CABDBD; kepada background:url(URL BACKGROUND);
Warna : Tukar kepada URL/Link Churp churp atau says atau apa-apa saja yang anda nak letak :p Kalau churp-churp cara nak ambik urlnya tengok tutoral : [[KLIK DI SINI]]
Warna : gantikan kepada url ataupun link gambar. kalau churp-churp boleh tengok tutorial : [[KLIK SINI]]
Warna : ni kalau nak gantung belah kiri, boleh tukar kepada left. kalau nak kanan, biarkan je right.

3. SAVE

NO RE-POST. TQ.

Untuk pengguna blogskins, sila tengok tutorial [[DI SINI]]

24 December 2012

Jawapan Kuiz Teka Gambar Semalam

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Masih ingat lagi tak entry semalam? [[Klik Sini]] untuk baca.. Haa.. Tak sangka ramai pulak sudi komen. Ingatkan dalam belas-belas je. hehe. Kuiz ni sesaje je buat.. Takda hadiah. hehe. tapi tak pa. Boleh mengeratkan hubungan sillaturrahim . hahaha :p

Macam-macam jenis jawapan diterima (kononnya) rasanya semua yang komen tu jawab dengan betul.. hehehe. Tapi ada yang ejaannya salah. terima kasih la sudi komen noo.. hehe ^_^

P/S: Lain kali nak buat lebih sukar. pastu sapa jawab betul diletakkan link blog dia dalam entry. kalau yang jawab betul tu banyak, tak letak la..

Pikachu/Pokemon

23 December 2012

Kuiz : Cuba Teka Ni Gambar Apa.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..


Cepat Komen! ^_^

22 December 2012

Jodoh dan Gadis Berpurdah/berniqab

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

wah. budak 12 tahun buat tajuk pasal jodoh la. kalau kat twitter mesti kena kutuk punya ni ~.~.

Bukannya apa. benda ni qihah ada tanya kat Ustazah qihah dulu time masih berada kat sekolah. Tanya soalan pasal purdah lepas tu tetiba mulut ni terlebih tergedik termasuk bab Jodoh ni

gambar sumber google

Me: Ustazah, kalau orang yang berpurdah/berniqab tu macam mana lelaki nak cari calon isteri dia kalau tak nampak muka? (apa punya soalan la -,-)
Ustazah: Kalau percaya kepada jodoh Allah, tak payah cari. Ia datang sendiri. ha.. tu la namanya jodoh Allah. percaya ja kat Allah. Allah dah aturkan yang terbaik buat kita.


ni entry ringkas je. malas nak taip panjang-panjang. kang silap kang. tak pasai-pasai. lagipun bukan ada yang nak baca entry ni sangat. hahaha. Assalamualaikum

p/s : tenkiu kpd kak @AtifaLiaa karna sudi check entry saya :-D

SEGMEN : Free Doodle To Me!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..


Join segmen daripada doodlers terkenal kat alam blogging ni, Fizgraphic! :D 100 yang terawal sahaja! cepat cepat! ^_^ Disebabkan qihah ni suka kaler purple, so qihah nak mintak doodle kaler purple ^_^

sebenarnya tak kena print screen pun tapi aku gedik juga pi print screen :p

Dah click (tengok tab atas tu di gambaq) dan share ^_^
Assalamualaikum





Entry Pertamaku di Dunia Blogging

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap orang mempunyai cita-citanya sendiri. Ada yang nak jadi polis, bomba, guru dan sebagainya. Saya ingin menjadi doktor kerana saya nak menolong orang dengan ikhlas.

Ibu bapa dan guru-guru saya banyak mendorong saya untuk menjadi seorang doktor yang baik. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Saya suka menjadi doktor kerana saya suka melihat mereka bekerja dan menolong pesakit tanpa mengira bangsa, agama serta warna kulit. Kadang-kadang, saya melihat kakak saya menonton cerita bersiri House di AXN. Saya suka doktor Cameron kerana dia cantik.

Saya mendengar nasihat-nasihat guru, ibu bapa serta orang yang pernah menjadi doktor. Saya ingin menjadi doktor suatu hari nanti.









Macam tu la bunyinya HAHAHA. ayat sebijik macam budak tadika T______T maklumla. time tulis entry tu darjah 4 ~.~ selamat tak guna ayat ReWmPitZzzz. Qihah mula berblogging sejak May 10, 2010 (mengikut tarikh entry tu). Haha. Entry tu tak ada di blog ni sebab blog yang qihah guna time first time blogging tu blog lain (tapi masih ada lagi dan saya privite) :3 haha

dan aku sendiri pun tak kenal siapa doktor cameron tu --'
p/s: hari ni tak tau nak update apa ~.~
bai. assalamualaikum

21 December 2012

Freebies : Gambar Untuk header (Kucing)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Tadi qihah buat questions poll di fesbuk tanya samada nak heaader ataupun gambar untuk header, kebanyakkannya (tak ada la banyak sangat orang. 5 orang je vote T_T) vote gambar untuk header. So, nah ameh ni. Kesemua gambaq ni ada dalam folder laptop qihah, so tak tahu source dia darimana. Tapi, qihah dah transparentkan khas untuk anda. ^_^

Yang ni aku design sendiqi. Special untuk follower aku ja :p hahaha


Bawah ni kucing jenis comel #pelangi!! 

Yang bawah ni aku tak tau la spesis kucing ka apa.
ni 3 keping gambar ya. bukan sekeping :3

a



a

Tutorial : Activekan Comment Moderation

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Ada orang request di facebook. rasanya ramai yang dah tahu :3 tapi tak pa, nak buat gak post ni. hahaha. Comment Moderation ni kita boleh baca dulu komen-komen pembaca yang komen di entry kita sebelum publish/siarkan di blog. So, boleh la tapis dulu kalau ada komen-komen negatif ke tak masuk akal ke. Macam Approve Komenla.

Nanti kalau ada komen, akan naik di situ la.. Boleh click di situ dan approve comments

1. Dashboard > Setting > Comments


2. Di Comment Moderation, tick always. Kat ruangan email tu tak isi pun tak pa.. nanti kang penuh email korang dengan comments ni.
3. Save.


Bai.
Assalamualaikum