20 May 2012

TIPS Urutan Kaki

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة







Assalamualaikum. Balik sekolah tadi terus check Dashboard. Lepas tu, Tertarik dengan entry kak IntanWandalara ni. Pasal Urutan Kaki :) Jom share ramai-ramai!



Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri. 


Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.


Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik. MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani.

19 May 2012

Ima Sahaja?

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Assalamualaikum and hai korang =) Amacam hari ni? Sihat?? Hari memang tak tau nak post apa. Ekceli, ada banyak benda nak post. Tapi, otak kering kontang nak describekannya. Lol?



Nampak tak tajuk atas tu?? Korang mesti kenal kann?? erk? Nurhakimah binti Mohd Zulkifli atau lebih dikenali Ima Sahaja ni seorang pelajar yang sedang belajar di UiTM Pulau Pinang. *Sama dengan abang aku weyh! Ada peluang nak jumpa! ;D Kihah memang suka stalk profile dia. Rasanya, sebab dialah banyak orang suka pakai tudung bawal.



Hehehe. Now, jom kite cekidouttt gambar dia! Semuannya OHSEM OHSEM BELAKA! :)





Dah cukup kot. Kalau korang nak tengok lagi, pergi FACEBOOK IMA SAHAJA atau FANPAGE IMA SAHAJA atau BLOG IMA SAHAJA. Banyaknya atau kihah ._.

Hahaha. So, Kihah nak bagi sumthing yang tak sepecial sangatlah kepada kak Ima :)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuUzJUVwZ0_YFeumDDGPhPHeSCEubcTuWpmC6ZAsYxWqCJdYbp-6x-MnPnC6Jk6MQM6kJggY7wmZROSKZmhXh7c9wAxu0GQYGntRN_sPGupYpUtQCWoGYSZENLgUMcMILQBZwmc9sVG-g/s400/header_kak_imasahaja.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi41Wntd5Y-Vay57jLUqeHnNfuRYsLlzkXLlq-_j1bBdA_qBYIBz6U3KGjuPs4rLgncH09jPqKH5_gIz5Y7wTV3kOu-qE_A_hE9JHpWjBRrCeylW2bzQXh8xvpsm79H6v1Xds5J73PlDYo/s1600/cursor_kak_imasahaja1.png

Header and Cursor Ualss! Kihah guna Photoshop Cs5 untuk buat semua ni ;) Harap kak Ima suke. hahahaha. Malas nak taip, Follow me on twitter sebab kihah lagi rajin chat di twitter @FaqihahHusni. bai! 

Yuna DIROMPAK

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.


Kereta penyanyi terbabit sebelum itu digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Tan Ah Chuan, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat.

“Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta.

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Sumber

18 May 2012

Semakin Membosankan. Kan?

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


https://twitter.com/#!/FaqihahHusni


Hai semua!! *waving* Gambar tu sebagai muqadimah entry kali ni. Hehehe. Bukan kembar Yuna ataupun adik beradik Yuna. Jauh sekali Yuna. Tapi, tu Faqihah Husni. Kenal tak? Kenal tak? Tak Kenal eh? Ok lah. Kat dalam rumah pun boleh tangkap gambar. Ada orang tanya. Guna camera apa? Jawapannya? Webcam aka Camera semulajadi di Laptop ni ha. Entah bagaimana aku belit shawl tu pun aku tak tahu. Nasib baik tak tercekik.

Anda semua rasa tak boring ke baca entry kat blog Kihah ni? Dah la blog tak cantik. Pastu, Lambat Load pulak. haish. Kan?........ Ohya. Kalau korang penah tengok cerita AVENGERS, Kihah rasa korang patut bagitahu team diorang yang cerita AVENGERS TU BEST ATAU TAK DI SINI. Hehehe. Tunggu 10 saat, pastu like Fanpage Diorang Okay?

Opss. Ter-lari tajuk lah pulak. korang tak perasan eh yang blog kihah dah berubah? Ya Allah. Memey dugaan banyak betul tahu tak?! Sepanjang perjalananku mengedit blog, banyak betul makhluk halus yang menggangguku. Jampi serapah apa dia pakai pun tak tahu. Haha.


Tudiaaaaaa screen captured for a whole page. Haa. Simple ja kan? Header tu inspired from blog CikKumbang yang sangat AWESOME. huyyo. Kenapa Kaler Purple?! Kenapa bukan warna Hitam atau Putih?! kenapa? Kenapa? Ha. Purple tu kaler peberet kihah kot. Kalau letak Hitam dan putih, nanti orang kata macam tahi cicak pulak ._. Kihah paling suka part Shoutbox tu. Trylah CLICK button tu! AWESOME kann? hahaaaa

Korang kenal kan Twitter? Kalau korang ada Twitter, korang wajib follow account Budak Wangi ni atau tweet dengan dia, @FaqihahHusni. Heehehe. Kalau korang nak kamera LOMO, korang CLICK SINI. Joinlah sebelum 6.6.2012. Pastu kan, Kalau korang suka join GA, Korang patut join Giveaway Kak Yana. Best wo!



Ohya, Kihah juga tersenarai dalam TOP50 DiGi WWWOW Awards for Top Online Over Achiever Under 15, Ualls! Ucap Tahniah kat Kihah boleh? Hahaha =) Alhamdulillah. Daripada 54 blog yang submitted blog diorang, hanya 50 orang je yang terpilih. Dan, itu termasuk Kihah! Yeay!

Dahlah. Malas nak taip. Jangan ter-zZzzZzz bila baca entry ni sudah la ~ Akhir kata, selamat membaca! Assalamualaikum <3

15 May 2012

Kepala YATT MELEKAT

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


RANDOM GIVEAWAY BY YANA . SPECIAL LOMO GIVEAWAY  .  SENANG MENANG .


Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

P/S : Alhamdulillah :')

12 May 2012

Bunuh Diri dan MURTAD Akibat Putus Cinta

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة






"Nama Islamnya Syahir,  kini Edward Martin Jesus, dia hendak membunuh diri hari ini (12 Mei 2012) akibat kecewa bercinta," dicatatkan rakan sama.


Melalui pengalaman lalu, mereka ingin membunuh diri lazimnya tidak akan menghebahkan tujuan mereka kepada umum. Jika berhasrat terjun dari bangunan tinggi, mereka menaiki lif, memanjat tembok dan kemudan terjun tanpa berfikir panjang. 

Otak mereka bertaburan dan tubuh mereka patah riuk. 

Manakala kelompok ingin dipujuk, takut dan sayangkan nyawa, selalunya akan berdiri di tempat tinggi dan menunggu orang ramai berkumpul di bawah. Gambarnya akan dirakamkan menggunakan kamera digital, telefon bimbit atau kamera video. Selepas dihubungi, Polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat kemudian tiba di lokasi, memanjat bangunan,  menjalankan usaha memujuk dan menyelamat.

Martin mengambil tindakan berbeza, dia mengumumkan niat untuk membunuh diri dan akan memulangkan semua barangan pemberian teman wanitanya, didakwa bernama Atiqah Aziz dan tinggal di Ampang, Selangor. Melalui alamat tercatat di laman Facebook, Edward mendakwa menetap dan menuntut di Shah Alam, Selangor. 



Fakta, pemegang akaun ini tidak memiliki gambar profil sekaligus identitinya tidak dikenali. Motif dia ingin menamatkan riwayatnya, akibat kecewa dalam percintaan.

Dia minta untuk dipujuk dan diselamatkan.




Jadi mengikut kelaziman, InsyaAllah, dia tidak akan membunuh diri kerana takutkan mati.

Klik DI SINI untuk meninjau laman Facebook Edward

Sumber : Mazidul Akmal Sidek
P/S : Macam macam dunia sekarang ni..
JANGAN LUPA UNDI KIHAH UNTUK DIGI WWOWW AWARD! TEKAN SINI

Segmen:Geng Blogger




Hari ni nak join Segmen dari akak Aisyah Humaira'.. Segmen ni tamat malam ni before 12.00 malam. Kihah cadang nak join lama dah. Tapi, tak kesampaian :p Hehehek.

Kihah kategori Geng Blogger A sebab kihah kan muda lagi :P Hahaha. Kalau korang nak join, sila ke ENTRI INI untuk keteranagn lebih lanjut. Bai! :)