Focus for PAT

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

apa khabar semuaaaaaaaaaaaaa? :D yay hari ni, 5.9.13 dapat balik rumah balik rumah! Sepatutnya next week tapi diawalkan jadual balik bermalam. So minggu depan boleh outing! yay! Jalan Jalan Jitra! Aneka! lol haha. Ujian Penilaian 2 aka UP2 punya result dah keluar and now tengah focus for Peperiksaan Akhir Tahun pulak.

Result haritu teruk jugalah. Semuanya gara gara soalan HOTS. heh. Nasib baik top 30 lagi dalam batch yang beratus orang tu. agak ah, Soalan form 2, 3 pun naik, mau tak jatuh merudum. pfftt. Yang B tu semuanya sipi sipi ja nak dapat A. cis. sadis sungguh. So lepas ni untuk akhir tahun kena tak mau la main main. T_T

It's been two weeks juga la I didn't post entry. Ha Ha Ha. Kat sekolah sibuk dengan batch punya activities la, homework, group presentation, friends, teachers, competitation itu ini, softball . Tu tak termasuk PBS lagi! Argh!!!! Walaupun di sekolah ada kiosk (tempat online, alah ala ala cyber cafe gitu tapi ada 4 jela computer. 2 lelaki 2 perempuan), guwe tetap tak mau online kat kiosk bukannya apa, nanti kalau melekat di kiosk nanti takut terus ketagih nak online, pelajaran kemana. Tapi lek la, waktu ICTL kan ada. Tak mati pun kalau tak online :p



Tapi jujur qihah katakan, sebenarnya kalau kita acapkali seringkali, selalu sangat melayari internet, facebook, twitter, and other social networks, it will make us kemurungan selain boleh merosakkan akhlak dan kesihatan kita. siyes. semua ni boleh mempengaruhi kita

mesti anda kata "ala asyik study, bosan la. kita perlukan hiburan"

Yes. Memang. kita juga perlu hiburan. pada qihah yang duduk di asrama ni, hiburan kita adalah apa yang ada di sekeliling kita. Cikgu Talib yang suka buat gaya lawak dia tu, kawan kawan yang selalu menggila, cikgu cikgu yang sporting, para senior yang baik baik belaka, TV pun ada kalau nak tengok. Tak perlu social network tak apa. Tak digelar ketinggalan zaman pun. berita-berita terbaru boleh baca paper everyday! MP3 pun boleh dengaq kat asrama.


Hidup ni....
benyak mengajar kita erti kehidupan
banyak mengajar kita menjadi matang
banyak mengajar kita lebih berwaspada
banyak mengajar kita menjadi penyabar
Perjalanan masih lagi jauh

Cita cita masih lagi belum dikecapi
Usah bersedih kawan,
ALLAH ada.

Don't worry, Be Happy :)

gtg homwork tengah menunggu nuh.
Wassalam :)

Comments

Popular posts from this blog

Tutorial : How To Use Blogskin? Cara nak Guna Blogskin

Senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016

PT3 Sejarah : Faktor-faktor Perjanjian Persekutuan 1895 dan kesan-kesannya.