10 December 2011

Selamat Pagi. GERHANA BULAN PENUH.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bloggers comel Smua :)

Oh ya. Selamat Pagi! Teet beberapa minit lagi nak tengahari. Hahaha. Eh. dah makan? Korang dah Mandi ke belum ni? Bau  bucuk semacam je. Pengsan Aii. Hehe

Semua orang tahu kan hari ni mengikut kalender Qamari, ada Gerhana bulan Malam japgi. Korang nak tengok tak? Tengokla!  Best kot *Kihah tak pernah tengok gerhana bulan #Fakta* Insyallah malam ni kalau Kihah rajin, Kihah keluar tengok Gerhana, kalau rajin, Kihah snap gambar gerhana. Ok?

Nanti, Kalau Kihah snap gambar, korang tengokla. Haa. Kot-kotla korang tertidur ke. Tak sempat nak tengok gerhana kenn? IshIshIsh ^_^

Source : Encik Google yang Ohsemm
So, Korang semua nak tahu tak serba sedikit banyak tentang Gerhana Bulan Penuh Ni? Kalau nak, Teruskan membaca oukey. Pastu, korang bolehla tekan Butang SHARE kat tas tu. Anyway, Kihah malas nak tulis. So, Kihah copy from Falak


Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam


Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30


Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.
(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)


Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:
i. Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.

ii. Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.

Gambarajah 1
Gambarajah 2, di bawah  ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).
Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir


Gambarajah 2

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh malam ini!

Hadith yang sangat terkenal dan menjadi rujukan meluas mengenai gerhana bulan dan matahari adalah dari Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, yang bermaksud:
"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)." (HR Bukhari Muslim)
Info Gerhana Bulan Penuh

Menurut Al-Falak Jakim, gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang. Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi.

Dah puuas baca? Dah tahu? So, sekaran ni, tekanlah BUTTON LIKE dan SHARE dan KOMEN kalau bermanfaat bagi anda. Ok? Bye, Assalamaualaikum :>


8 comments:

  1. @nuruashia ♥ Perghh. Blogger HOT terjh blog adik haha. MostwelcomePreety

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam~ hehee~ tak phm inf0nye~ lemah sikit dlm sains ni~ tapi, harap², kali ni dpt teng0k~ huhuu~

    ReplyDelete
  3. good one kihah :D
    InsyaAallah kalau sempat, malam ni nak tengoklah :)

    ReplyDelete

Your words defines you