Bismillahirrahmanirrahim..
Setiap orang mempunyai cita-citanya sendiri. Ada yang nak jadi polis, bomba, guru dan sebagainya. Saya ingin menjadi doktor kerana saya nak menolong orang dengan ikhlas.
Ibu bapa dan guru-guru saya banyak mendorong saya untuk menjadi seorang doktor yang baik. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Saya suka menjadi doktor kerana saya suka melihat mereka bekerja dan menolong pesakit tanpa mengira bangsa, agama serta warna kulit. Kadang-kadang, saya melihat kakak saya menonton cerita bersiri House di AXN. Saya suka doktor Cameron kerana dia cantik.
Saya mendengar nasihat-nasihat guru, ibu bapa serta orang yang pernah menjadi doktor. Saya ingin menjadi doktor suatu hari nanti.
Macam tu la bunyinya HAHAHA. ayat sebijik macam budak tadika T______T maklumla. time tulis entry tu darjah 4 ~.~ selamat tak guna ayat ReWmPitZzzz. Qihah mula berblogging sejak May 10, 2010 (mengikut tarikh entry tu). Haha. Entry tu tak ada di blog ni sebab blog yang qihah guna time first time blogging tu blog lain (tapi masih ada lagi dan saya privite) :3 haha
dan aku sendiri pun tak kenal siapa doktor cameron tu --'
p/s: hari ni tak tau nak update apa ~.~bai. assalamualaikum








