6 November 2012

Result UPSR ditunda

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

Mungkin ramai yang dah tahu akan hal ni rasanya..  Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 12 Nov 2012. So rasanya ada sesetengah sekolah yg buat 21hb kan? :)


Ditunda sebab ada dengar juga orang kata bahawa ada kes soalan bocor di cameron kot.. rasanyalah
P/S: Tahun ni je Keputusan UPSR buuat tim school holiday. Aiseyman... Kacau mood nak gi holiday. haha

5 November 2012

Benarkah kita mencintai Rasulullah kita?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Salam Sejahtera :)

Kebanyakkan manusia zaman sekarang ni lebih cintakan bab-bab keduniaan. Cinta kepada harta. Cinta kepada pakwe/makwe. Cinta kepada kepopularan dan lain-lain lagi lah.

Tapi, berapa peratuskah umat Islam yang cintakan kepada Rasulullah kita? Yang cintakan kepada seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib?

Berapa ramaikah umat Islam yang menjadikan baginda sebagai Idola mereka? Berapa ramaikah yang mengetahui tentang biodata baginda?


Ya. Memang ramai yang mengaku Cintakan Rasulullah SAW. Tapi, adakah tindakan mereka sama seperti apa yang mereka katakan? Seperti kata Ustaz Azhar Idrus di dalam video di atas pada minit ke 1:00 "Jikalau lah apa yang nabi suka bercanggah dengan apa yang manusia suka, didahulukan hok manusia bermakna kata-kata cinta dan sayang kepada nabi Muhammad SAW adalah bohong belaka".

Kita kata kita cintakan Nabi Muhammad SAW, tapi adakah kita buat apa yg dia suka dan tinggalkan apa yang dia tak suka? eh eh. Tapi kalau yang sakit sampai tak boleh nak bangun tu tak po la ye.. Ni yang sihat Wal afiat ni ha.

Kita kata kita cintakan Nabi Muhammad SAW, tapi adakah kita berselawat padanya tiap-tiap hari?
Kita kata kita cintakan Nabi Muhammad SAW, tapi adakah kita ingat pada baginda tiap-tiap hari wahai saudaraku sekalian?

"Ewahh.. Kenapa kita nak kena ingat kat Rasulullah SAW tiap-tiap hari pulak?

Kenapa awak tanya? Jom tonton video ini pulak :



Mashaallah.. Betapa kasihnya baginda Rasulullah kepada Ummat baginda iaitu kita.. Betapa sayangnya baginda kepada kita sebagai ummatnya sehinggakan sebelum baginda wafat, dia masih lagi ingat kepada ummatnya.. Ya Allah..

Renung-renungkanlah dan jangan lupa berselawat kepada nabi Muhammad..
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Apa Itu Selawat? Apakah Lafaz-lafaz selawat yang betul?  Apakah kepentingan dan kelebihan berselawat? nak tahu semua itu? TEKAN SINI

p/s : nak cinta pakwe ke makwe ke harta ke apa ke yang berkaitan dengan keduniaan tak pa.. Cintalah.. Tapi, korang mestilah ingat bahawa semua ini hanyalah bersifat sementara dan akan hilang juga nanti. Jadi, cintailah mereka dengan sederhana... Janganlah berlebih-lebihan. janganlah lupa pada agama ye...

Sekian sahja entry malam ni daripda saya.. Semua ini hanyalah pendapat daripada saya.. Yang baik daripada Allah dan buruknya adalah kesilapan saya sendiri. Maaflah kalau ada yang terasa ke marah ke dengan saya... Tegurlah saya kalau ada kesalahan.. Moga Allah rahmati kamu sekalian.. :)

Wallahualam.. Assalamualaikum.

3 November 2012

Tutorial : Basic Coding HTML Tag

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

Tutorial kali ni adalah basic coding pasal HTML Tag. Antaranya macam mana nak Boldkan text, Underline, Sengetkan (italic) perkataan, center, letak gambar, Link dan editkan perkataan. Ceh. Hahaha. Tutorial kali ni khas untuk beginner yew :)

Kod-kod ni  boleh letak di mana-mana sahaja yang korang nak la. kat sidebar pun boleh.. :)

1- Centerkan Perkataan/Gambar/Apa-apa je la

CODES : <center>KOD ANDA</center>
EXAMPLE :
KOD ANDA
2- Bold Text/Hitamkan perkataan

CODES : <b>YOUR TEXT</b>
EXAMPLE : YOUR TEXT



3- Underline Text/Garis di bawah perkataan

CODES: <u>YOUR TEXT</u>
EXAMPLE : YOUR TEXT



4- Italic Text/Perkataan Senget.

CODES : <i>YOUR TEXT</i>
EXAMPLE : YOUR TEXT



5- Strikethrough Text/Potong perkataan. Potong? haha

CODES : <s>YOUR TEXT</s>
EXAMPLE : YOUR TEXT



6- Gabungkan/Combine Bold, Underline, Italic Text

CODES : <b><u><i>YOUR TEXT</b></u></i>
EXAMPLE : YOUR TEXT



7- Editkan Perkataan

CODES : <font face="Arial" size="5" color="#F781D8"> YOUR TEXT </font>
EXAMPLE : YOUR TEXT
*Boleh tukarkan 5 tu kepada saiz yang korang nak dan #F781D8 kepada warna perkataan yang korang suka >kod warna<


8- Put an Image/Letak Gambar

CODES : <img src="URL IMAGE" width="100" height="100" />
EXAMPLE :
*Gantikan URL image dengan gambar yang korang nak. tak tahu nak amik kat mana? KLIK SINI untuk tutorialnya.
*width dengan height tu korang boleh adjust.. kalau tak mau adjust, rasa saiz gambar asal korang tu dah ok, tukarje kepada auto


9- Linkkan Perkataan

CODES : <a href="LINK/URL ANDA"> YOUR TEXT</a>
EXAMPLE : YOUR TEXT
Another Tutorial : http://www.faqihahhusni.com/2011/09/tuto-linkkan-perkataan-nak-letak-link.html


okay.. Itu sahaja :) kalau ada apa-apa boleh tanya di ruangan komen ataupun di cbox/ask.fm di bahagian sidebar qihah ye :)

Tutorial : Letak Widget Instagram di Blog

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera..

Widget ni hanya untuk yang ada account Instagram je. Kalau korang tak ada lagi, pergilah download Instagram on your phone/tab yang ada android sahaje. Iphone pun boleh download juga. >>KLIK HERE TO DOWNLOAD<< Lepas tu, creat account sendiri yewwpp.


*NOTE : Tolong daftar Sign dulu Followgram di http://followgram.me/. Mudah je. Sign in guna instagram :)

Template Designer :
1. blogger > Layout > Add A gadget > HTML/JavaScript
2. Copy codes bawah ni dan paste di ruangan HTML/JavaScript
3. Save

Classic Template :
1. blogger > template
2. Cari ruangan yang sesuai untuk letakkan widget ini.
3. save
<center><iframe src="http://widget.stagram.com/in/yourinstagram_id/?s=100&w=2&h=2&b=1&p=5" allowtransparency="true" frameborder="0" scrolling="no" style="border:none;overflow:hidden;width:230px; height: 227px" ></iframe>
<center><a class="followgrambutton" username="yourinstagram_id" rel="232149750" href="http://followgram.me/yourinstagram_id">Follow @yourinstagram_id</a><script type="text/javascript" src="http://external.followgram.me/v1/follow/js/"></script></center></center>
P/S: KALAU TAK JADI, AMIK CODES DI SINI PULAK http://web.stagram.com/tools/#blog_parts
ok. jadi tak? :)

2 November 2012

Tips: Mudah Bangun Subuh

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)


Hari ni nak kasi tips sikit.. Amik daripada fanpage Ustaz Don Daniyal :)

  •  Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
  •  Ambil wuduk sebelum tidur.
  •  Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
  •  Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
  •  Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
  •  Maafkan semua orang sebelum tidur.
  •  Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
  •  Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
  •  Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
  •  Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

Moga bermanfaat untuk semua. Insyaallah.. =)

Tutorial : Put Subcriber Facebook Button on blog - 3 styles

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)


Enable Subcribe button

* Subscriber ni hanyalah untuk orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Tapi, kalau korang umur tak sampi lagi 18 (macam qihah), boleh juga guna. Macam mana?


1 - Korang pergi account setting dan amik Subscribers. >Tekan sini kalau nak cepat<
2 - Dah? kat bahagiaan Allow Subscribers, korang TICK ye


Codes

Blogger Template
1- Blogger > Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript
2- Copy salah satu kod di bawah yang anda nak dan pastekan di ruangan HTML/JavaScript
3- Save

Classic Template
1- Blogger >Template > Cari tempat yang nak letak music player ni
2- Copy salah satu kod di bawah yang anda nak dan pastekan di ruangan yang korang nak
3- Save

1st Codes
example:
<center><iframe src="//www.facebook.com/plugins/subscribe.php?href=http%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Ffaqihahhusni&amp;layout=button_count&amp;show_faces=false&amp;colorscheme=light&amp;font=trebuchet+ms&amp;width=100" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden; width:120px;height:20px; " allowtransparency="true"></iframe></center>
2nd Codes
example:

<iframe src="//www.facebook.com/plugins/subscribe.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Ffaqihahhusni&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;colorscheme=light&amp;font&amp;width=200" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden; width:200px;" allowTransparency="true"></iframe>

3rd Codes
example:
<iframe src="//www.facebook.com/plugins/subscribe.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Ffaqihahhusni&amp;layout=box_count&amp;show_faces=false&amp;colorscheme=light&amp;font&amp;width=200" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden; width:200px;" allowTransparency="true"></iframe>
Note
*Tukarkan yang kaler merah tu kepada ID facebook korang. Nak cari kat mana?

klik gambar kalau tak nampak. ambik yang qihah highlightkan kaler merah tu


Okay. Jadi tak? :)

1 November 2012

Dunia Akhir Zaman mereka dijulang.

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)



Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 54 :
"....... Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan munkar..." 

Sekarang ni ramai wanita-wanita di luar sana yang suka mengupload gambar-gambar mereka yang tidak menutup aurat. Menutup aurat tu kalau nak cite, banyak selok beloknya. Aurat dari segi suara, rupa paras dan banyak lagilah

Tak kiralah apa jua jenis medium yang mereka gunakan untuk mengupload gambar-gambar mereka yang tidak menutup aurat tu samada melalui FACEBOOK, YOUTUBE, TWITTER ke apa ke, sama je. Tetap berdosa kerana mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai.

Yang lebih menyedihkan, ada juga muslimah yang pada mulanya menutup aurat dengan elok, tapi disebabkan kalah dengan godaan syaitan, mereka sanggup mengupload gambar mereka yang tak tutup aurat tu dengan bangga di laman sosial. Sebab apa? sebab nak FAMOUS semata-mata. Sebab nak mendapat perhatian orang ramai. Sebab nak dapat pujian. Astaghfirullahalazim..

Tu tak kira lagi orang yang support mereka. LIKE gambar mereka, siap komen cantik bagai. Tak kurang juga orang yang RT tweet seorang muslimah yang tak menutup aurat di twitter. Ibarat kita ni tukang promoter dosa depa nih di samping kita juga dapat 'keuntungannya'.


"Eleh.. Cakap tak serupa bikin. Macamlah kau tak pernah buat, Faqihah.."

Mesti ada yang berkata macam ni. Ya. Memang pernah. Tapi tu suatu masa dulu. Masa saya masih gi jahil bab-bab gi ni. Masa saya tak tahu hukum hakamnya. Tapi, yalah kan. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan bila dikenang semula, mesti mereka rasa menyesal gila. Rasa bodohnya. Kan? Daripada kesilapan tu lah kita belajar. Daripada Kesilapan itulah kita tahu mana baik mana buruk dan Daripada kesilapan yang kita lakukan itulah kita lebih dekat denganNya.

Bila kita dah tau benda tu silap, buat apa nak ulanginya kan? Bila dah tau kita buat sesuatu perbuatan ianya berdosa, tak kan kita nak buat? Tak kan kita nak terus bergelumang dalam dosa?


Yang buruk daripada diri saya ini, yang baik daripadaNya.. Wallahualam. Assalamualaikum..