Showing posts with label Azam. Show all posts
Showing posts with label Azam. Show all posts

1 January 2013

Azam dan Saya masih 12 tahun

Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

# Ramai dah buat entry pasal 2013 ni dan saya pasti takdak sapa nak baca entry cepisan saya ni.  




Alhamdulillah hirabbila'lamin.. Wassolatu wassalamu a'la saidina muhammad, wa a'la a lihi wassobbihi wassallim.. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, kita masih lagi diberi peluang untuk terus hidup atas muka bumiNya. Kenapa kita masih lagi diberi peluang? kenapa? Pernah tak anda semua terfikir dosa-dosa yang anda telah lakukan sebanyak mana? So, bila bangun hari ni dah baca doa bangun tidur? dah kata Alhamdulillah? kita patut bersyukur-sangat-sangat tau sebab allah masih beri kita peluang untuk taubat. Untuk memohon maaf kepadaNya..


Hai anak Adam, sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharap ampunanKu, nescaya Aku ampuni dosa yang telah kamu perbuat dan Aku tak peduli. Hai anak Adam, andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon keampunan, nescaya Aku ampunkan dan Aku tak peduli. Hai anak Adam jika kamu menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi pula lalu kamu tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan sepenuh bumi pula"
(Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmidzi)

"Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa. T_T"


ok. Bangun harini, pada tanggal 1 Januari 2013. Tapi, saya masih lagi 12 tahun. Selagi tak masuk lagi 23 Januari, selagi tu saya 12 tahun. hehe :p Tapi yang tak bestnya hari tu saya ada kat asrama! tak dak sapa nak wish kat saya nanti... T___T sedihnya.. Anyone please datang hujung minggu tu buat surprise for me? :')) 

Untuk birthday saya yang bakal berlangsung tak lama lagi insyaallah, saya dah set auto tweet dan auto status kat facebook. nanti 22 jan dan 23 insyaallah tweet2 saya akan muncul. tapi, saya tak tweet time tu la :p saya berada di asrama ketika tu. nama pun auto tweet, so qihah dah set dah tadi.. hehe. bukan auto like/followers ya :ppp


Apa impian anda? Apa azam anda tahun ni?? weyh, bercerita tentang azam, azam tahun lepas dah tercakap belum? sila jujur :b hehe..


Azam saya tahun ni nak jadi muslimah, anak solehah. yes. walaupun saya sedar saya tahun ni tinggal di asrama buat pertama kalinya, ianya tak langsung menghalang saya untuk berusaha jadi muslimah solehah. Takkan la masuk asrama terus tak boleh kot? boleh la. Abah saya selalu pesan "Jangan tinggal solat dan baca al-Quran. Al-Quran tu janganlah tinggal (stop baca). Bacalah tiap-tiap hari paling sikit pun 2 muka surat. Bukannya susah mana pun. Solat tu pula jaga la selalu. Jangan tinggal. Subuh tu cuba la bangun awal-awal sikit..". Insyaallah abah, adik akan ingat pesan abah.. :) Lagipun saya ni kan pelajar, al-quran dan solat ni sangat bagus untuk di amalkan selalu. Insyaallah, apa yang di ajar oleh cikgu boleh masuk dan tak mudah lupa :) Doakan saya ya!





Second, nak belajar bersungguh-sungguh, nak lebih aktif di KUPSIS. Maklumla, Sains Kubang Pasu tahun lepas (2012) PMR ranking no. 1 Kedah. Mestila pelajar yang masuk situ semuanya hebat-hebat belaka! Fuhhh.. Kena fighting sungguh-sungguh dengan diorang ni! Allahu.. Ilmu qihah tak da la sebanyak mana pun n_n. Minta-minta la masuk sana nanti dapat kawan yang baik, pandai dan senantiasa menasihati qihah. Insyaallah!


dan tu je azam saya tahun ni.. hehehe. Tak banyak mana pun sebab nanti takut target banyak-banyak nanti tak tahu nak tumpukan kepada yang mana satu dan akhirnya satu pun tak tercapai. no no. saya tak nak!! hehe.


Dan kepada yang sedang membaca entry ni, mesti anda juga ada azam bukan? Janganlah hanya senaraikan azam dan hanya duduk atas bed sambil online je. Kalau dah berazam, mesti berusaha untuk azam tu tercapai! Jangan "hangat-hangat tahikkk ayam" je :b


p/s: ada orang tanya aku masuk asrama bila, aku masuk 7hb ni. Daftar 7hb Januari 2013.

Bye, Assamualaikum