23 March 2013

Selamat Hari Ibu, Mama... :'D


Assalamualaikum, Salam Sejahtera. :)
Bismillahirrahmanirrahim..

Sapa kat sini sayang mak dia?? Sila angkat tangan!! (abaikan je kalau ada orang tengok anda angkat tangan depan laptop :p) Walaupun Hari Ibu lambat lagi, Saje jeee nak wish awal-awal sempena Hari Ibu ni. Mesti ada yang still tertanya-tanya Hari Ibu bape haribulan kann? Mehh qihah bgtau. Hari Ibu Sedunia ialah pada setiap 8hb May ni. Hari Rabu ni la. huhu, ada jugak yg ingat pertengahan bulann lah,hujung bulan lahh, ape laahhhhh. 8 MEI ok? Ingat tu!

Tapi Hari Ibu ni bukan saje setiap 8 Mei je kita hargai, kita layan ibu kita baik-baik hari yang lain kita buak derkkk, buat tak tahu je dengan ibu kita. Aipp! Kita kena layan ibu kita baik-baik pada tiap-tiap hari tau! Bukan pada Hari Ibu je tau!



First of all, Qihah ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu, mak-mak, Ummi-ummi, mama-mama, mummy-mummy dan mak mertua dalam dunia ni. Tak lupa jugaaa buat bakal-bakal Ibu kat luar sana. Mesti nebbeesssssss habisssss fuuhh fuuhhh fuhhh kannn nak nengok baby keluar lihat dunia niihh. Semoga dipermudahkan segala-galanya okayh? Ameen :D

Terima Kasih mama sebab berjaya mengandungkan qihah selama 9 bulan 10 hari dalam kandungan. Kesian mama, bawak kita ke hulu ke hilir dalam perut mama. Berat tau! Kalau takde mama, abah, Allah, mesti kita takkan dapat lihat dunia ni kan? Terima Kasih mama sebab mama sudi tumpangkan kita berada dan berlindung dalam perut mama tu. Lamaa pulak tu mama tumpangkan kita tidur, tendang-tendang dalam perut mama. Maafkan kite kalau kite lasak sangat dalam perut ibu time tu >.<

<


Mama, terima kasih sebab mama sanggup menyusukan kita dan sanggup beri kita peluang untuk merasa setitik susu daripada Ibu. Masa kecik-kecik dulu, cara kita untuk ucapankan "terima kasih" dekat ibu hanyalah menangis, merengek-rengek sepanjang malam. Kita tau kita buat bising tiap-tiap malam, mama jugaaakkk yang pujuk kita, mama jugakk yang tepuk-tepuk badan kita dan mama jugakkk la yangg lelapkan kita tidur semula. Besar sangat pengorbanan mama.. Mama x pernah merungut. Mama, terima kasih sebab beri kita makan, beri kita minum. Time ni pulak, kita mampu ucapkan "terima kasih" dengan menumpahkan makanan je time tu. Pastuh mama tolong kutipkan.. Kesian ibu :'(

Mama  mandikan kitaa, ibu pakaikan kita pampers, mama taburkan bedak atas badan kita yang lembut gebu tu, ibu sapukan minyak atas perut kita supaya perut kita tak kembung, ibu sarungkan badan kita dengan baju cantik-cantik, dan lastly mesti mama cium kita kannnn sebab kita dah wangi dah masa tu.. :')



Mama, terima kasih sebab mama teman kita masuk tadika, daftarkan kita masuk sekolah, daftarkan kita masuk sekolah menengah ni. Semua ibu yang teman. Tak pernah ibu tolak pelawaan kita untuk teman pegi kemana-mana tempat. Kalau takde mama, mesti kita hilang arah, rasa tak nak pergi, kalau mama tak pi, kita pun tak nak pi juga ( huhu). Mama, terima kasih sebab menjadi tempat untuk kita meluahkan segala masalah, segala berita gembira dan sedih. Mama sanggup dengar masalah kita dengan kawan-kawan, mama sanggup dengar masalah kita pasal study, mama juga sanggup dengar kita merepek.. Mama sanggup layan kita walaupun perangai kita ni gila-gila (bukan kita yang gila Cuma perangai) :') Mama, terima kasih jadi "doctor" bila kita sakit… :’)

Korangggg.......Kasih ibu kepada anaknya tidak terbatas.Pengorbanan seorang ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak. Walau dengan wang ringgit harta, pengorbanan ibu tidak terbalas nilainya. Ibu tak pernah mintak wang ringgit semua tu, mama hanya minta kita jadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat.. :’))


12 comments:

  1. muka Kihah dengan mama Kihah sama lah :)

    ReplyDelete
  2. salam dik . sllu edit dkt mana cntik

    ReplyDelete
  3. Jemput join http://aimi-wardina.blogspot.com/2013/03/5th-giveaway-by-aimi-wardina_24.html

    ReplyDelete
  4. salam..
    selamat hari ibu sedunia.. hehe..
    untuk yang da jadi ibu jerk....:)

    ReplyDelete
  5. Qihah pun guna "KITA" dengan mak ayah ke? :O Same hereee~

    ReplyDelete
  6. benar.... hargailah ibu anda...

    ReplyDelete
  7. http://marinecollagen6575.blogspot.com/2013/04/pentingnya-serat-di-dalam-makanan-kita.html

    ReplyDelete
  8. salut deh sama kamu yang sayang banget sama mama km faqihah hehehe.. btw, ada cerita seru loh di www.bukuhidupandre.blogspot.com kalau dah baca gak nyesel deh ^_^

    ReplyDelete
  9. Saya Tag awak ----> http://3259thelittleboy.blogspot.com/2013/04/segmen-gadis-blogger-dslr.html

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum....
    Sememangnya ibu adalah ratu hati kita..Piliharalah mereka seperti mereka memilihara kita dari kecil hingga dewasa.
    TQ

    ReplyDelete

Your words defines you