25 August 2012

“…and i get 5 days of MC, ohh my god…!!”

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)


in Utusan Malaysia, 25 Ogos 2012

“…and i get 5 days of MC, ohh my god…!!,” itulah antara ungkapan yang di sampaikan oleh seorang anak gadis yang dikenali sebagai, Nur Fitri Abdul Rahman atau mesra dipanggil FeetriXOXO.

Sebelum ini, MyNewsHub telah berkongsi video Fitri dan beberapa video yang seolah-olah mengajuk (parody clip) anak gadis itu.

Menurut sumber, gadis yang masih bersekolah yang juga merupakan warga Singapura itu mula mendapat F

Penulis merasakan tidak menjadi masalah kepada sesiapa sahaja untuk memuat naik video berkenaan kehidupan, percintaan dan sebagainya di laman sosial.

Namun, yang menjadi ‘daya penarik’ dalam VIDEO YANG DIMUAT NAIK oleh Fitri itu adalah aksi-aksi yang dia rasakan ‘comel’ tetapi tidak bagi rata-rata penonton.

Bermulut kembong, kening diangkat sedikit, kerdipan mata dan menunjukkan simbol ‘peace’. Apakah itu comel bagi anda yang menonton?

Penulis sendiri sukar untuk menerangkan memek muka yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Mana tidaknya, ramai yang mengecam anak gadis itu seperti ‘minah gedik’, menggelikan, memalukan dan pelbagai lagi komen negatif.

Malah, ada yang merasakan video-video yang dimuat naik merupakan satu bahan jenaka bagi mereka hingga ada yang ‘pecah perut’ ketawa dan mengalirkan air mata.

Apa yang pasti, ramai pihak mula membuat video seolah-oleh mengajuk (parody clip) dengan melakonkan semula aksi serta cara gadis itu bercakap.
Penulis pelik kenapa gadis itu sanggup melakukan memek muka serta aksi ‘comel’ dan dimuat naik di Youtube.
Memetik dari klip tersebut, Feetri menyatakan suaranya memang sebegitu dan dia tahu ramai pihak telah mengecam video-video yang dimuat naik olehnya.
Selain itu, menerusi laman sosial Facebook miliknya, Fitri sedar yang dirinya telah dikecam ramai pihak. Namun, kenalan Facebook miliknya memberi sokongan semangat kepada anak gadis itu.
Memetik dari kenyataan Fitri, dia sedar akan umum mula memberi kritikan dan ‘berkata’ berkenaan video ’5 days MC’ yang dimuat naik olehnya sebelum ini.
Nur Feetri trending in Twitter 25 Ogos 2012
“… ramai orang yang memperkatakan pasal saya dan saya tidak suka. “Apa anda akan rasa jika orang mula berkata pasal anda dalam Facebook? Ia menyakitkan,” ujar Fitri dalam video tersebut. Pada masa yang sama, Fitri turut menyatakan yang suaranya memang sebegitu dan tidak bermemek-memek seperti gadis ‘gedik’ lain di luar sana. Selain itu, Fitri juga cuba untuk menghiburkan para penonton yang menonton video yang dimuatnaik olehnya. Adakah anda terhibur seperti yang diharapkan oleh Fitri? Apa pendapat anda? Mungkin anda akan terhibur apabila melihat memek muka Fitri terutama pada awal dan disepanjang video tersebut? Hahahaha
p/s : macam macam cara orang gunakan untuk menarik perhatian orang ramai dan menjadi popular
sumber; mynewshub.my

5 comments:

Your words defines you