5 June 2012

Siapa Yasmin Hunwick? Al-Fatihah kepada beliau.

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera




Kalau korang pengguna twitter yang peka semalam, pasti korang perasan nama "Yasmin Hunwick' jadi trending semalam. Beberapa jam sebelum dia meninggal dunia, dia sempat lagi online account twitternya. Arwah sangat cantik orangnya :')


Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya, Yasmin Johan Ersoffe , 17, dan Nor Hazwani Mansor serta Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Mereka yang mendapati menaiki sebuah motosikal tanpa topi keledar, maut dilanggar sebuah van ketika membuat pusingan U di Padang Gaung, di sini tengah malam kelmarin.

Yasmin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Mahsuri, manakala dua lagi dipercayai pelancong. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika mereka menaiki motosikal dari arah Kuah menghala Ulu Melaka.

Mayat dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarga, tengah hari semalam.


Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, berkata berdasarkan maklumat, motosikal dilanggar van pelancong dari arah Ulu Melaka yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun.
Siasatan awal mendapati van terbabit gagal mengelak motosikal yang cuba melakukan pusingan U, sebelum merempuhnya. Pemandu van berkenaan selamat,” katanya.
Harith berkata polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Yasmin yang juga PEMILIK BLOG http://www.misschronicz.blogspot.com/ serta bergiat aktif di Instagram.



Sebelum kejadian ini berlaku, arwah pernah postkan di Instagram "Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur."

Instagram via Web - yasminhunwick_22

Selain itu, beliau juga pernah menceritakan tentang mimpi NGERInya sebelum ini di blog beliau serta beberapa rangkap ayat yang menunjukkan bahawa dia akan pergi..



Selain twitter, banyak ucapan diberikan kepada beliau sebagai penghormatan yang terakhir yang diucapkan di Cbox arwah..




Selain itu, berita mengenai arwah juga terdapat di akhbar Kosmo, Berita Harian, MyNewsHub serta Harian Metro. Apa-apapun, Alfatihah kepada arwah serta rakan-rakannya itu. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah...
p/s ; berhati-hatilah di jalan raya. Apa-apapun, maaf kalau ada yang salah kat post ni. just tell me if any wrong.. #broken english

13 comments:

  1. pembetulan ye.. nama sebenar die yasmin johan eusoffe.. sy cousin die.. thanks

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ! Belum sempat ambil SPM lagi . Lagi berapa bulan je . hmmm
    Dah ajal dia kan . Nak buat macam mana .

    ReplyDelete
  3. @siti dafina Thank You awak. Sudah di-edit. Terima Kasih! Kihah pun dapat from Berita Harian ni.. Terharu dapat kunjungan from ahli keluarga beliau :') Takziah..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah untuk arwah dan takziah buat keluarga arwah .. Kesiannya .. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman

    Aminnnn ~

    ReplyDelete
  5. al-fatihah...SEMOGA DIA DITEMPATKAN DLM KLGAN ORG BERIMAN..AMIN

    ReplyDelete
  6. arwah juga cousin kepada kawan saya . alfatihah .

    ReplyDelete
  7. ehh, bukan mula-mula dia kene langgar dengan kereta lepastu tercampak kene langgar ngan van ke? -tak pasti jugak-

    ReplyDelete
  8. Takziah. Arwah sgt comel. Semoga rohnya dicucur rahmat Allah.

    ReplyDelete
  9. arwah selalu active twitter.. bru dua minggu lepas arwah main tweet dgn kiter :"( bagaikan x percaya arwah dh x dew :( Al-fatihah ..

    ReplyDelete
  10. Elok juga kita baca buku tu. Memberikan keinsafan sbb sesungguhnya dunia ini hanyalah pinjaman. Akhiratlah tempat yg kekal dan abadi. Alfatihah utk allayarhamah.

    ReplyDelete
  11. Elok juga kita baca buku tu. Memberikan keinsafan sbb sesungguhnya dunia ini hanyalah pinjaman. Akhiratlah tempat yg kekal dan abadi. Alfatihah utk allayarhamah.

    ReplyDelete

Your words defines you