19 May 2012

Yuna DIROMPAK

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.


Kereta penyanyi terbabit sebelum itu digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Tan Ah Chuan, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat.

“Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta.

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Sumber

1 comment:

  1. astaghfirullah .. apa nak jadi lah org kita skrg nie ..

    ReplyDelete

Your words defines you