Setiap tahun kita akan dapat lihat trend pakaian wanita terkini dalam pasaran. Ini adalah satu perkara yang biasa kerana industri fesyen sentiasa mengetengahkan koleksi baju wanita terbaru pada setiap tahun mengikut musim. Oleh kerana sifat fesyen itu sendiri yang sangat dinamik dan sentiasa berubah, tidak hairanlah trend pakaian yang sedang popular dalam pasaran sentiasa menjadi pilihan untuk diketengahkan.
Malah semua orang tahu apa yang popular pada hari ini, tidak semestinya akan menjadi pilihan pada hari esok. Kebiasaannya sesuatu trend itu tidak akan kekal lama menjadi pilihan melainkan ianya diberikan sentuhan baru yang lebih segar dan terkini untuk terus kekal relevan dalam pasaran.
Shirt dress menjadi pilihan antara koleksi fesyen baju terkini remaja popular untuk tahun 2015 kerana gaya ini menonjolkan sisi feminine yang sangat seksi. Sesuai untuk wanita muda yang mahu kelihatan menyerlah terutamanya ketika berada di luar dengan showing off personaliti dan cita rasa fesyen mereka.
Tema warna black and white menjadi taruhan banyak jenama untuk tahun ini. Ramai fashion designer memilih warna ini dan kelihatannya pilihan warna ini berjaya menarik perhatian ramai pencinta fesyen di luar sana!
Colour blocking mungkin sudah ketinggalan untuk tahun ini namun warna kuning dikatakan akan menjadi colou pilihan ramai. Malah banyak jenama fesyen yang memperkenalkan koleksi fesyen dengan warna ini untuk tahun ini. Jadi kalau anda mahu follow the trend this colour might be the perfect choice for you!