13 August 2012

Peluang Minum Teh bersama PASANGAN DIRAJA, Putera William dan Kate Middleton

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

SHAH ALAM - Duke dan Duchess of Cambridge akan mengadakan lawatan ke Malaysia pertengahan bulan depan dalam rangka kunjungan ke beberapa negara rantau ini sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth II.

Putera William dan Duchess Kate Middleton akan melawat Singapura, Malaysia dan Kepulaun Solomon sebelum menuju ke Pulau Pasifik Tuvalu, lapor akhbar Telegraph.

Duke dan Duchess of Cambridge ini akan berada di Malaysia selama tiga hari.

Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga awal tahun lepas merupakan anggota pertama keluarga diraja Britain pertama melawat negara-negara Komanwel sejak Ratu Elizabeth mengadakan lawatan pada 1982.

Tuvalu, merupakan sebuah negara dunia keempat terkecil, berkapasiti 10,000 orang penduduk.

Istana St James mengumumkan bahawa pasangan itu akan tiba di Singapura pada 11 September sebelum melawat Kuala Lumpur dan Sabah dan terbang ke Tuvalu melalui Kepulauan Solomon dan seterusnya ke Pulau Polinesia 19 September.

Ratu Elizabeth meraikan sambutan Jubli Intan baru-baru ini. Pasangan itu mengunjungi Kanada dan Amerika Syarikat Julai lalu selepas majlis perkahwinan mereka.

Semasa mengunjung ke Sabah, mereka akan melawat hutan hujan dan belajar usaha memulihara hutan hujan tertua di dunia, yang berusia lebih 130 tahun.



Korang tengok tak TV3 tadi? Ha.. Ni lah yang Kihah nak bagitahu kat korang. Macam mana nak masuk? Macam mana nak jumpa diorang dan minum teh bersama diorang? Senang je :D

  • Peserta perlu email gambar digital dalam format JPEG (tidak besar daripada 250 KB) diri mereka sendiri, kawan atau teh menikmati keluarga di lokasi yang kreatif
  • Penyertaan ni terbuka kepada semua orang rakyat Malaysia.
  • Peserta harus meng-emailkan maklumat lengkap tentang diri mereka seperti nama mereka, maklumat kenalan, tarikh lahir dan penerangan ringkas gambar. 
  • hantarkan gambar dan maklumat lengkap tersebut kepada ukinmalaysia@yahoo.com

Gambar akan diadili berdasarkan kreativiti, keaslian, dan kualiti. Pertandingan ini akan tamat pada 1 Sept 2012.

Senang je kan? Ada satu facebook tu untuk korang tau dengan lebih lanjut maklumatnya. Tapi, terlupa. Kalau ada sesiapa tahu, boleh bagitahu.. Nanti kihah update :) Tu je.. Assalamualaikum.

12 August 2012

Apa yang korang akan buat bila SEDIH? #BilaSayaSedih

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)

Lama tak Kihah update blog kan? *kononnya*

Caption : Padan Muka

unrtuk kali kedua kena twitlimit. ohya. back to the title. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk melegakan/menghilangkan rasa sedih diorang kan? Kalau korang korang buat apa?

Korang ada twitter tak? Mesti banyak yang ada kan? Kepada yang ada twitter, jomlah gunakan hashtag #BilaSayaSedih dan tekan button tweet. Insyaallah kihah akan retweet tweet korang tu :*
Bagi yang tak ada account twitter, bolehlah komen di entry ini ye :D Assalamualaikum.


eh kejap. Padan muka tu apa? 

Bawang Putih Dan Bau Mulut?

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)


Hadith :-

Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: 

Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih.
Saya bertanya kepada beliau: Apakah ia haram?.
Baginda bersabda: Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya.
Abu Ayyub berkata: Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.
Riwayat : (HR Muslim)



Huraian :-

Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka.


Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya.


Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.


Moga bermanfaat untuk semua. Boleh share artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain :) sumber : crewfathi

8 August 2012

Tutorial : Blog Hit and Visitors Counter

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :)




*Straight to the point*

1. dashboard > Layout > Add a Gadget
2. Korang pilih BLOG STATS okay.



3. Lepastu, korang ada di beri pilihan. Korang pilihlah style mana yang korang suka. Pastikan kat time period tu ALL TIME okay :)

4. Save.

UPDATE
kalau nak CENTER, pergi
Blogger > Template >Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget Templates
Cari kod ini :
<b:widget id='Stats1' locked='false' 
Pastu, ada kod  <div class='widget-content'> kan? korang gantikan kod tu kepada
  <div class='widget-content' style='text-align: center;'>
CONTOH;


Preview dulu. Kalau tak ada error, boleh save.

 Ohya. Tutorial ini untuk template designer. Kalau korang guna classic template, korang boleh guna http://www.freebloghitcounter.com/ atau yang lain. ada banyak lagi.. Boleh je cari kat google :)

Salah satu sebab kenapa saya tak suka bagi Anonymous komen.

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera

Kihah memang suka bagi anonymous komen. Tapi, ni lah jadinya.

spammers

7 August 2012

SHILA AMZAH kini sudah BERTUDUNG :)

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera :-)



Bermula 1 Ramadhan yang lalu, Shila Amzah sudah belajar untuk berjinak-jinak mengenakan tudung dalam penampilannya. Ternyata tempoh percubaan yang dilaluinya selama 15 hari telah membuatkan beliau mengambil keputusan untuk terus kekal dengan imej bertudung sehingga ke akhir hayat.

Menerusi mStar online, Shila memaklumkan bahawa keputusannya untuk bertudung telah dibuat pada Sabtu lalu, di mana apabila kekasih hatinya Sharnaaz Ahmad mengajak beliau untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika bersiap secara tidak sengaja Shila telah mengambil tudung dari almari dan menyarungkannya di atas kepala. Pada ketika itulah Shila mula sedar, dan mula mengambil keputusan untuk berubah.



Menurut Shila, Sharnaaz tidak menyangka perubahan drastik yang dilakukan olehnya, namun begitu Sharnaaz tetap gembira dengan imej terbaru beliau.

Kini Shila turut berubah sedikit demi sedikit dari segi gaya penampilannya, di mana beliau sudah memilih untuk gaya yang lebih sopan dan bersesuian dengan imej terbaru beliau.


"Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyaAllah Shila akan terus bertudung,"katanya yang memberitahu gambar-gambarnya bertudung yang banyak dimuat naik di laman sosialnya itu adalah imej terkininya dan bukan hanya saja-saja untuk bertudung.



Penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila para peminatnya menyokong dan mendoakannya supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad serta niat untuk berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiga Suara' itu mengambil keputusan untuk tidak mahu mengulas lebih lanjut.

"Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal ini. Shila rasa soal perkahwinan tu eloklah ditanya pada Sharnaaz,"ujar Shila.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.



"Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.

"Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan," ujarnya.

Walaupun sudah bertudung, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan beliau bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan. Menerusi pemilihan lagu pula, Shila akan lebih memilih lagu berkonsepkan balada dan pop.


Sumber Gambar : Twitter https://twitter.com/Shilaamzah
Artikel gabungan : Oh Bulan, YahooM dan mStar

P/S : Alhamdulillah! :D #Shilalas

4 August 2012

Nak masuk tandas pun kena bayar!

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"



p/s: Jumpa entry ni blog kak Ila :) Rasa macam nak share pulak kat bloggers lain.. Renung-Renungkan Selamat Beramal ! :D

Gempak Giveaway Hari Raya by Amercorner.Com!!
Samsung Galaxy SIII, hanya RM999.. Macam mana nak dapat? Cepat Tekan SINI!!
Alamilah dunia penuh keajaiban di Hong Kong Disneyland! Dapatkan Tiket SEKARANG!